Rabu, 27 November 2013

48 jam Ulangkaji Sains Sebelum SPM

Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sains telah pun berlalu pada 25 November 2013. Saya bersyukur, sebab murid-murid cakap soalannya tak terlampau susah, tak telampau senang. Saya berdoa agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya sebenarnya sangat risau dengan kumpulan tingkatan 5 tahun ini. Bayangkanlah, 5 minggu saya tinggalkan mereka selepas trial SPM untuk Kursus KBAT Sains. Pada kebiasaannya selepas SPM cikgu-cikgu akan bagi bincang latih tubi soalan percubaan negeri lain dan soalan tahun-tahun lepas sebagai persiapan SPM, tapi mereka terpaksa studi sendiri. Dan saya tak berapa percaya dengan keberkesanan mereka studi sendiri sebab mereka ni jenis yang bergantung kepada guru. hmmm...kalau ada guru di depan, mereka buat keje, kalau tiada guru, biasanya sembang...biasa la kot, boys school, the students relax and cool saja. Cikgu yang cuak dan risau melebihi murid.

Sebelum paper Sains, ada selang 4 hari, Khamis hingga Ahad. So, saya ambil peluang ini untuk menemani mereka untuk studi Sains. Pada hari Jumaat dan Sabtu, dari pagi hingga ke malam saya buat kelas tambahan untuk mereka. PecutanTerakhir la katakan. Setiap hari ada tiga slot, slot pagi, slot tengah hari dan slot malam. Kehadiran tak penuh, bersilih ganti (sedih la jugak) tapi boleh la. Saya tak wajibkan semua murid datang, sebab pada saat-saat akhir seperti ini, ada pelajar yang lebih selesa untuk studi sendiri di rumah.


Disebabkan kehadiran sedikit, saya pun bermurah hati untuk belanja mereka KFC. Sebenarnya mereka request Pizza Hut atau Secret Recipe, tapi saya tak layan. Cukup la KFC, tak payah la jadi pisau cukur...hehehe. Saya belanja mereka sebagai tanda menghargai ketekunan mereka belajar Sains...serius, sepanjang saya buat kelas tambahan kali ini, mereka betul-betul fokus, dan memang 100% nak belajar. Tak pernah saya tengok perangai mereka seperti ini sebelum-sebelum ini. TERBAEK!


Ini gambar kenangan selepas slot petang pada hari Sabtu. Mereka bergambar berlatar belakang dinding kelas mereka. Kalau nak tahu, semua murid 5PP bangga sangat dengan dinding ini. Cantik dan unik kan. Saya pun bangga dan suka dengan dinding ini. Jarang dapat kumpulan murid yang volunteer untuk buat mural dalam kelas.

Sebagai rakaman peristiwa dan kenangan saya untuk masa hadapan. murid dalam gambar dari kiri, Ikmal, Megat, Zaquan, Rusydan, Naim, Nabeel, Syafiq dan Hosin manakala yang tiada dalam gambar ialah Nazirul, Syawal, Syaezul, Iskandar, Syakir, Azan, Azrai, Luqman dan Azrin....5PP 2013.




Photobucket