Sabtu, 16 November 2013

KURSUS KBAT SAINS DAERAH HULU PERAK

Setelah tamat Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Daerah Kuala Kangsar, pada 22 hingga 26 Oktober 2013 di SMK Clifford, pada 28 Oktober hingga 1 November 2013 saya ke Grik pula untuk Kursus KBAT Daerah Hulu Perak. Kali ini, kursus dijalankan di SMK Budiman.  Di daerah Hulu Perak, selain saya, terdapat dua orang lagi Jurulatih utama iaitu Dr Ooi Heng Beng dari IPG Ipoh dan Cikgu Azdnan daripada SMK Pengkalan Hulu. Tetapi Dr Ooi cuma hadir pada dua hari pertama sahaja.

SMK Budiman adalah sebuah sekolah baru. Sekolah ini baru dua tahun beroperasi dengan jumlah pelajar kurang daripada 500 orang murid. Saya sangat tertarik dengan reka bentuk sekolah ini yang sangat futuristik dan kelengkapan yang serba lengkap dan canggih.  Sekolah ini adalah sekolah pemandu bagi Program iThink Daerah Hulu Perak. Di sekeliling sekolah ini dipenuhi dengan banner bentuk-bentuk peta pemikiran dan dinding-dinging sekolah dihiasi dengan mural peta pemikiran pelbagai topik.



Daerah Hulu Perak adalah sebuah daerah yang sangat luas tetapi mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Di sini hanya ada 15 buah sekolah menengah sahaja (tidak termasuk dua MRSM dan sekolah swasta). Oleh itu peserta kursus ini hanya terdiri daripada 15 orang Ketua Panitia dan 15 orang Pegetua/wakil pengetua.  Saya dapati, di sini terdapat banyak pengetua perempuan. (Girl Power, yeah!)



Dr Ooi semasa menerangkan tentang PISA

Kursus KBAT Sains

Pada hari pertama dan kedua, Dr Ooi menerangkan mengenai latar belakang KBAT, TIMSS, PISA dan teknik Penyoalan. Saya hanya membantu semasa bengkel sahaja. Sebenarnya, banyak perkara baru yang saja belajar semasa slot Dr Ooi. Beliau banyak bercerita tentang pengalaman mengajar di sekolah dan mengajar di IPG. Terasa seperti saya juga sebahagian daripada peserta kursus.


Pada hari ke-tiga saya dan Cikgu Azdnan mengambil alih kursus. Kami menerangkan mengenai Peta Pemikiran. Pada hari ini, kami sebenarnya bersedia untuk menerima pemantauan daripada pegawai Kementerian Pendidikan daripada Putrajaya, tapi alhamdulillah, beliau tidak singgah melawat kursus ini.

Hari ke-empat adalah slot Pembelajaran Inkuiri (IBSE). Bagi menerangkan empat tahap pendekatan IBSE, kami telah membuat empat jenis amali di makmal sains. Bagi saya makmal sains sekolah ini sangat la lengkap, sempurna dan best! Tengok meja pun, dah terasa seperti di sekolah elit.


Gambar di bawah menunjukkan salah satu kumpulan yang membuat eksperiman kismis menari. Di Grik, kami tak jumpa kedai yang menjual soda drink, jadi kami gunakan minuman isotonik. Kesannya, kismis menari tetapi tidak secergas jika menggunakan soda drink.



Hari ke-lima adalah slot Social Scientific Approach. Disebabkan sekolah ini adalah sekolah baru, dan belum dilengkapi dengan wifi, peserta sukar mendapatkan bahan daripada internet. Mereka hanya menggunakan bahan yang disediakan oleh kami sahaja semasa aktiviti dijalankan. Terasa kerugian pada peserta hari ini.

Tapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan Kursus KBAT Sains di Hulu Perak. Peserta memberi kerjasama yang amat baik sekali. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.


Photobucket