Ahad, 24 November 2013

Majlis Anugerah Penghargaan Guru Sains Dan Matematik

Pada 21 November 2013, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menganjurkan Majlis Anugerah Penghargaan kepada guru-guru Sains dan Matematik yang terlibat sebagai Jurulatih Utama dan penulis modul bagi tahun 2013. Guru-guru yang diraikan terdiri daripada JU KSSR Sains dan Matematik, JU Pedagogi Sains dan Matematik Sekolah Rendah, JU Pedagogi Sains dan Matematik Sekolah Menengah, JU KBAT Sains dan Matematik, JU i-THINK, penulis modul SOLAR UPSR dan Penulis Modul Kerja Projek Matematik Tambahan.

Majlis yang julung kali diadakan ini dilangsungkan di hotel D'Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, En. Azmi b Dahali. Setiap tetamu yang hadir diberi sehelai tuala sebagai doorgift dan sepanjang majlis Hi-Tea, terdapat persembahan karokae daripada guru-guru atau pegawai JPN dan PPD. Terdapat juga acara cabutan nombor bertuah, tapi seperti selalu, nombor bertuah itu bukan milik saya.



KBAT Sains

Di negeri Perak terdapat 16 orang JU KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) bagi mata pelajaran Sains. Seorang pensyarah UPSI, 5 orang pensyarah IPG Ipoh dan 10 orang guru sekolah menengah tetapi hanya lima orang yang dapat menghadiri majlis ini. Terdapat JU yang tak dapat hadir disebabkan urusan rasmi atau peribadi. Pensyarah UPSI dan IPG Ipoh pula tak dijemput hadir.

Saya pula, terpaksa 'ponteng' Kursus KBAT Sains Gabungan Sekolah Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis ini. Tapi berbaloi datang jau-jauh, dapat jumpa rakan-rakan sepejuangan KBAT dan bertukar cerita tentang pengalaman menjadi JU. Kami dapat sijil yang ada tanda tangan hidup Pengarah JPN Perak. (sekarang kn asyik dpt sijil dgn tanda tangan cop ataupun bercetak je)




Jutaan terima kasih kepada JPN Perak kerana menganjurkan majlis penghargaan seperti ini kepada para guru. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan dan melibatkan lebih ramai lagi JU, penceramah dan penulis modul.



Photobucket