Ahad, 10 November 2013

Resipi Kek Batik Vico

Semalam, buat pertama kalinya saya cuba untuk buat Kek Batik, dan alhamdulillah, cubaan menjadi. Resipi kek batik ni, saya ambil daripada internet, tapi saya tak tahu daripada mana sumber asalnya sebab banyak blog yang menulis resipi yang sama.

Kek batik ni lebih istimewa berbanding kek batik yang biasa sebab ia menggunakan vico mengantikan milo. Campuran serbuk vico  dan horlics akan menyebabkan rasa kek batik ini lebih sedap. Tapi yang tak ada vico, boleh campurkan milo dengan serbuk koko. Selain itu, resipi ini menggunakan serbuk nestum. Campuran nestum akan memberikan keranggupan semasa kita mengguyah. Yummylicous!

Untuk membuat kek batik vico ni, masa yang diperlukan lebih kurang sejam. Bermula dengan menyediakan bahan, mencairkan mentega, membuat campuran adunan, melapis biskut marie hinggalah membasuh bekas-bekas yang digunakan. Tapi, mungkin orang yang dah pro, masa yang dimbil lebih singkat sbb tak perlu nak membelek-belek resipi.

Resipi Kek Batik Vico


Kek Batik Vico


Bahan-bahan:
  1. 1 buku mentega unsalted (tapi saya guna buttercup je)
  2. 2 biji telur (dipukul)
  3. 1 cawan susu pekat
  4. 1 cawan  gula (saya guna 3/4 cawan je)
  5. 3 cawan Vico
  6. 2 atau 3 cawan Nestum (original)
  7. 2 sudu makan horlicks
  8. 1 paket biskut marie (boleh di kurangkan)
Langkah-langkah:
  1. Panaskan kuali dengan api kecil, cairkan mentega sehingga mendidih
  2. Masukkan susu pekat dan telur, kacau hingga sebati
  3. Masukkan gula, vico, nestum dan horlicks
  4. Gaul hingga adunan tidak lekat pada kuali. Kemudian tutup api.
  5. Tuangkan satu lapisan adunan ke dalam bekas tray.
  6. Masukkan biskut marie di atas lapisan adunan
  7. Selang seli adunan dan biskut marie sehingga habis. 
  8. Pada setiap kali setelah menuangkan adunan, tekan biskut marie supaya memperoleh kek yang padat.
  9. Pastikan juga adunan masih panas dan lapisan adunan tidak terlalu tebal ataupun terlalu nipis. Jika adunan terlalu nipis, dikhuatiri kek akan menjadi lebih keras.
  10. Jika mahu, taburkan lebihan nestum di atas kek.
  11. Sejukkan sebelum di potong dan dihidang.

Resipi ini saya dah ubahsuai daripada resipi asal. Resipi asal menggunakan tin susu pekat sebagai penggukur tapi saya menggunakan cawan penyukat dengan nilai yang setara dengan tin susu pekat.


Selamat mencuba.


Sekian.



Photobucket