Khamis, 28 November 2013

Sekolah Agama Dalam Penjara

Kita telah mendengar tentang sekolah dalam hospital, tapi pernahkah kita dengar sekolah agama dalam penjara? Jika para banduan diberikan didikan agama, InsyaAllah, mereka tidak akan mengulangi kesalahan lampau dan menjadi insan yang lebih baik daripada dulu.

Sultan Johor melawat kelas hafazan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah  - Foto Hairul Anuar Abd Rahim, Utusan Online

Kompleks Penjara Kluang di Johor telah membina sebuah sekolah agama di dalam penjara. Sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah. Sekolah ini adalah sekolah agama pertama di Malaysia yang dibina di dalam penjara dan ia dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 28 November 2013. Para banduan boleh belajar agama secara lebih formal di sekolah tersebut.


Pada pendapat saya, penubuhan sekolah agama ini memang wajar dan sebaik-baiknya setiap penjara mempunyai sekolah agama.  Kehadiran ustaz dan ustazah dapat membimbing banduan ke pangkal jalan. Malah ia dapat mengisi masa lapang para bantuan di dalam penjara.




Photobucket