Khamis, 7 November 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2013

Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR ialah suatu penilaian yang dijalankan kepada murid-murid  darjah 6 di sekolah rendah. Terdapat lima mata pelajaran yang wajib diambil UPSR iaitu Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mata pelajaran lain yang boleh diambil oleh calon UPSR adalah Bahasa Cina Kefahaman, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Kefahaman dan Bahasa Tamil Penulisan. 

Pada tahun 2013, UPSR telah dijalankan dari 10 September 2013 hingga 12 September 2013. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia calon UPSR tersebut terdiri daripada 469,882 pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu.

Keputusan UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 November 2013. Calon UPSR boleh mengambil slip Keputusan UPSR 2013 selepas jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.

Ibu bapa, penjaga dan Calon-calon UPSR boleh juga mendapatkan Keputusan UPSR secara Online atau SMS.

Semakan Online



  1. Login ke Sistem Analisis Peperiksaan  http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Surat Beranak
  3. Klik pada ruangan yang di sediakan pada "SEKOLAH RENDAH"
  4. Masukkan tahun peperikasaan (2013)
  5. Klik pada butang " Semak Laporan"

Semakan SMS


UPSR Nombor Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR JF001A026 hantar ke 15888.

Semakan SMS bermula pada jam 10 pagi, 14 November 2013.


Kepada semua calon UPSR, taniah dan selamat maju jaya.


Photobucket