Sabtu, 23 November 2013

PBS Diperbaiki Tahun 2014


Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan.

“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek.

"Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”

                                                                                                - Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II


Tiga Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

1. Menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.

2. Memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.

3. Meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid



Sumber: Berita Harian (19 November 2013)


Photobucket