Sabtu, 30 November 2013

Warna-warna Lemak dalam Tubuh Manusia

Percaya atau tidak, setiap orang mempunyai lemak di dalam tubuh mereka. Lemak ini mempunyai banyak fungsi seperti melindungi tubuh daripada suhu yang sangat panas atau dingin, melindungi organ dalaman dan sendi-sendi, pelarut vitamin A, D, E, dan K dan mengawal metabolisma melalui  penghasilan hormon. Dengan memiliki lemak tubuh dalam kadar yang sihat, kita dapat menghindarkan diri dari penyakit kronik. Lemak juga digunakan sebagai sumber tenaga jika karbohidrat dan protein dalam tubuh berkurangan.


Jadi, apakah warna lemak dalam tubuh manusia? Kalau lemak ayam, warnanya keputihan. Begitu juga dengan lemak ikan dan lembu. Lemak manusia pun berwarna putih, tetapi terdapat juga lemak yang berwarna coklat dan kuning cair.


Lemak berwarna putih
Lemak berwarna putih merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan. Protein dan karbohidrat yang berlebihan ditukarkan kepada lemak ini dan disimpan di bawah kulit. Lemak ini sukar untuk dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba.


Lemak berwarna coklat
Lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan boleh membakar kalori untuk menghasilkan tenaga dan haba dengan lebih mudah berbanding lemak berwarna putih. Walaubagaimanapun, manusia mempunyai peratus lemak coklat yang sedikit. Secara teorinya, Kanak-kanak mempunyai lemak coklat yang lebih banyak daripada dewasa, manakala orang dewasa kurus yang kurus mempunyai lemak coklat yang lebih banyak berbanding orang dewasa yang gemuk.


Lemak berwarna kuning cair
Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.



Photobucket