Jumaat, 6 Disember 2013

Cara Mendaftar ke Kolej Komuniti


Jika anda tidak berminat ke universiti, kolej atau tingkatan 6 kerana di sana pembelajaran lebih exam-oriented, mungkin anda berminat melanjutkan pelajaran di kolej komuniti. Hal ini kerana di kolej komuniti pembelajaran adalah hands-on. Tak perlu banyak baca buka, tetapi memperoleh kemahiran semasa menjalankan aktiviti di dalam kumpulan.

Daripada statistik, telah terbukti, semakin ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran ke kolej komuniti. Oleh itu, kepada semua lepasan SPM dan STPM, jom mohon ke kolej komuniti.