Ahad, 15 Disember 2013

DSP Sains Tingkatan 2 Mengikut Bab


Saya susun DSP berdasarkan bab dalam dua peringkat. Peringkat pertama bab 1 hingga bab 5. Evidens disusun mengikut band. Band 1 di atas dan band 6 di bawah. Peringkat kedua pula, dari  bab 6 hingga bab 10 saya susun evidens berdasarkan turutan dalam Huraian Sukatan Pelajaran pula. Motif??? tiada sebab konkrit, tapi saya suka lagi susunan berdasarkan turutan dalam HSP. Dah siap mengajar dan buat instrumen, boleh tanda terus di sini. Tapi bila nak tanda dalam SPPBS leceh la sikit sebab dalam SPPBS evidens disusun ikut band.

Sebenarnya saya bercadang nak edit, supaya seragam dari bab 1 hingga bab 10 tapi nampak gayanya dah sampai ke hujung cuti akhir tahun pun, masih lagi tak sempat. So, terimalah seadanya.

Klik di sini jika cikgu-cikgu nak download DSP Sains Tingkatan 2 Mengikut Bab.



Kalaulah evidens dalam SPPBS disusun mengikut turutan dalam HSP kan senang. Tapi tak kisah la. Yang penting server HARUS laju 24jam. Jangan la asyik paksa kami buat kerja mengisi SPPBS di luar masa kerja. Sampai terpaksa bawa kerja sekolah balik rumah. Tak profesional langsung....(sori kalau ada yang tersinggung)