Ahad, 15 Disember 2013

DSP Sains Tingkatan 3 Mengikut Bab



Kalau mengikut perkiraan saya, tahun 2014 saya akan mengajar tingkatan 3 sebab follow kelas tahun lepas. Jadi saya merajinkan diri untuk menyusun evidens PBS Sains Tingkatan 3 berdasarkan bab. Nanti mudah nak semak, evidens yang dah buat dan yang belum buat. Senarai semak memang dah diedarkan oleh JU semasa penataraan PBS, tapi sejujurnya saya tak suka sangat senarai semak tu. Sebab cuma ada kod evidens je. Kalau nak tahu evidens, kena buka DSP pulak. Tapi kalau cikgu perlukan senarai semak, silalah klik di sini.

Sebab tu saya susun evidens mengikut bab. Senang sikit kerja saya nanti. Tapi, banyak la kertas. Kalau senarai semak cuma ada sehelai, yang ni ada lima helai. Tapi nanti bila print 2 in 1, depan belakang, tinggal 2 helai je kan..ok la kan...

Ish, ape la saya merepek ni. So, cikgu, kalau nak guna DSP Sains Tingkatan 3 Mengikut Bab, silalah download. Kalau ada terkurang, mintak maaf. Saya buat ni sambil-sambil menonton AIM 2013. Maka lebih fokus pada skrin tv berbanding skrin lap top.



Untuk mendownload, klik hyperlink Dsp sais t3 ikut bab. Akan keluar window baru. Klik butang Save dibahagian atas. Kemudian, cikgu boleh download dan edit mengikut keperluan cikgu.

Ada masalah nak downlod tak? kalau ada masalah nak download tinggalkan komen. Ini adalah pertama kali saya upload melalui slideshare. Selalunya saya gunakan mediafire.

10 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu semoga diberkati Allah

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu kerana telah banyak mambantu:)
    terutama sekali kepada golongan warga tua yang akan bersara:)

    BalasPadam
  3. tq very much....... cikgu zamrud sgt baik hati.

    BalasPadam
  4. maklumat yg berguna cikgu...boleh tak saya nk gunakan panduan cikgu ini sebagai panduan saya mengajar pelajar saya? kerna saya masih baru dlm bidang pendidkan dan merupakan kali pertama mengajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. bhn-bhn yg saya letakkan dlm blog ni utk dikongsikan bersama.

      Padam
  5. t.kasih cgu...bhn2 cgu byk membantu sy.semoga usaha cgu ini diberkati...

    BalasPadam