Ahad, 29 Disember 2013

PBSMR: Pekeliling 20 Disember 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling baru bertarikh 20 Disember 2013.Merujuk pekeliling ini, semua prestasi Pentaksiran Sekolah, PS dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS dimasukkan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah, SPS. Oleh itu, mulai tahun 2014, guru-guru tidak akan mengunakan Sistem Pengurusan PBS, SPPBS. (Kurang satu ussername dan password untuk diingat..ye!!!)

1 April 2014

Guru-guru akan memulakan sesi memasukkan prestasi PBS  dalam sistem SPS mulai 1 April 2014. Prestasi yang perlu dimasukkan adalah pretasi pada tahun semasa dan pretasi pada tahun 2013 yang tidak lengkap.  Untuk sementara waktu, prestasi murid perlu ditanda dalam Borang Transit.



Macam saya, mmg ada banyak prestasi 2013 yang masih tidak lengkap. Bukan sengaja nak lewat-lewatkan tapi, mulai bulan 10 sistem memang sangat slow, saya feed up. Kawan-kawan guru suruh saya bangun pukul 4 pagi untuk kemas kini prestasi PBS tapi bagi saya itu tak wajar. Suatu sistem yang bagus mesti boleh beroperasi dengan lancar semasa waktu kerja bukannya semasa pekerja tidur. Saya sangat tension tahun 2013 dengan sistem SPPBS, cuma pendamkan sahaja, tapi apabila mengetahui SPPBS akan digantikan dengan SPS, saya amat berharap yang lebih baik.

Disebabkan dah tahu sistem SPPBS akan digantikan dengan SPS, maka saya buat donno, tidak memaksa diri untuk melengkapkan prestasi 2013 sebelum sesi persekolah 2013 tamat.

Sistem Pengurusan Sekolah, SPS


Saya baru mengenali sistem SPS pada hujung tahun 2013. Lebih tepat lagi sekitar bulan Oktober, apabila guru data sekolah menyuruh guru-guru melengkapkan data peribadi dalam SPS. Kononnya SPS akan menjadi sistem utama untuk guru-guru. Malah, pretasi guru-guru pun akan dimasukkan dalam sistem ini.

Tapi, seingat saya sistem ni pun ada kelemahan juga. Sistem ini pelupa. Bayangkan, saya perlu ulang tiga kali untuk melengkapkan profil diri dalam SPS. Sebabnya sistem ini akan refresh automatik. Kalau tak sempat save sebelum sistem automatically refresh, semua data hilang...huhuhu.

So, macam mana nanti apabila guru-guru mengisi prestasi PBS dalam SPS. Harap jangan la sistem SPS binggung macam semasa lengkapkan profil diri dulu.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS


Masih adakah sistem ini pada tahun 2014. Kalau SPPBS dah diserapkan masuk dalam sistem SPS, apa salahnya SAPS pun dimasukkan dalam SPS. Jadikan SPS sebagai sistem berpusat yang cekap. Orang utan cakap, one stop center. Nampak la KPM lebih profesional sedikit dan sangat memudahkan guru-guru.


Secara keseluruhnya, walau apa pun sistem yang digunakankan, saya mengharapkan yang terbaik, begitu juga dengan guru-gur yang lain. Tak guna jika ada perancangan yang baik tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga tahun 2014 menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.