Selasa, 3 Disember 2013

Peratus PBS dalam UPSR

Sedarkah anda Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Sistem Pendidikan Sekolah Menengah Rendah telah berubah sejak tahun 2011? Jika anda pernah mendengar tentang PBS, saya pasti anda tahu serba sedikit tentang anjakan dalam sistem pendidikan di negara kita.

PBS merujuk kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah. PBS mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk murid tahun 1 dan pada tahun 2012 untuk murid tingkatan 1. Tujuan utama PBS dilaksanakan adalah untuk menambahbaik pelaksanaan UPSR dan PMR sedia ada. Hal ini kerana PBS mentaksir murid secara holistik dan tidak exam oriented.

PBS Sekolah Rendah

PBS sekolah rendah hanya menyumbangkan 40% daripada pentaksiran akademik. 60% pentaksiran akademik masih lagi berdasarkan peperiksan pusat seperti UPSR sedia ada. Secara amnya, murid disekolah rendah akan menjalani dua jenis pentaksiran iaitu Pentaksiran Berasaskan Pusat dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

www.cikguzamrud.com 



Pentaksiran Berasaskan Pusat
  1. Dijalankan semasa murid di tahun 6
  2. Merupakan peperiksan pusat seperti UPSR sekarang
  3. Melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, Matematik dan Sains
  4. Menyumbangkan 60% daripada keputusan pentaksiran keseluruhan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, Matematik dan Sains

Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  1. Dijalankan sepanjang persekolahan (dari tahun 1 hingga tahun 6)
  2. Terdiri daripada pentaksiran akademik dan pentaksiran bukan akademik
  3. Pentaksiran akademik mentaksir subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, Matematik, Sains, Agama dan Kemahiran Hidup/elektif
  4. Menyumbangkan 40% daripada keputusan pentaksiran keseluruhan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, Matematik dan Sains
  5. Menyumbangkan 100% daripada pentaksiran keseluruhan subjek Agama dan Kemahiran Hidup/elektif
  6. PBS akademik terdiri daripada PBS Pentaksiran Pusat dan PBS Pentaksiran Sekolah.
  7. Pentaksiran bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum.


Saya harap catatan ringkas ini, sedikit sebanyak dapat menjernihkan kekeliruan ibu bapa dan penjaga tentang PBS sekolah rendah.