Selasa, 31 Disember 2013

Perkara Penting Menjelang Tahun 2014

Semalam diadakan Mesyuarat Guru Pertama Tahun 2014. Mesyuarat guru kali ini adalah mesyuarat guru paling gembira untuk saya. Gembira tak terkata-kata.


Kenapa???

Mesyuarat Guru Pertama Tahun 2014 cuma dijalankan selama sehari sahaja. Sebelum-sebelum ini, sekolah saya menjalankan mesyuarat guru selama dua tiga hari. Jadi, bila tahun ni cuma sehari, saya seronok sangat. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Jamuan pagi ditaja oleh pengusaha dewan makan asrama dan jamuan makan tengah hari ditaja oleh penguasaha kantin. Terima kasih daun keladi.

Sepanjang bulan Januari nanti, dua kali Sabtu saya akan datang ke sekolah untuk menghadiri latihan dalam perkhidmatan (LDP) iaitu pada 4 Januari 2014 dan 25 Januari 2014. Pada 4 Januari ada Penataraan PBS Tingkatan 3 manakala pada 25 Januari pula LDP pengoperasi sistem-e. Al maklum, saya mengajar di sekolah bestari dan memegang status champion school dalam Frog VLE. Saya dah terbayang-bayang tahun ini kami mesti lebih mesra kepada Frog VLE.  Sebelum cuti hujung tahun kami dah dibekalkan dengan Chromebook. So lepas ni, dh tak boleh buat alasan tak login VLE. hehehe...




Tapi yang buat saya lebih gembira adalah kandungan dalam buku Panduan Pengurusan dan Agihan Tugas 2014. Lompat bintang saya baca buku ni.




Tiga kali saya belek buku ni. Macam tak percaya je, macam pelik je... tahun 2014, skop tugas saya DAH dikurangkan. Sebab tu saya happppppyyyy tersangat-sangat.

Tugas Tahun 2014

  1. Auditee PK04 Jawatankuasa Jaminan Kualiti
  2. AJK Jawatankuasa Bestari/IT/Laman Web
  3. AJK Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya dan Majlis Ketua Tingkatan
  4. AJK Jawatankuasa Kokurikulum Asrama
  5. Guru Penasihat Kelab CYA Robotik
  6. Guru Penasihat Kadet Remaja Sekolah
  7. Guru Penasihat Rumah Sabki
  8. Guru Pembimbing Pentandingan Robotik
  9. Guru Pembimbing Pentandingan Dapur Solar

Perasan tak.... tahun 2014, saya tak jadi guru kelas. Horeeeee!!!!


Jadual Waktu Tahun 2014


Tahun 2014, saya kena buat 4 persediaan sebab mengajar 4 aras berbeza. Tapi, dah biasa. Tiap-tiap tahun memang ni la pakej jadual waktu saya. Mesti ada Sains Menengah Rendah, Sains Menengah Atas dan Kimia Menengah Atas. So, al-rite.

  1. Sains 3C3
  2. Sains 3C6
  3. Sains 4PP
  4. Kimia 4ST1
  5. Kimia 5ST2
Masa mengajar saya dan dikurangkan daripada 25 waktu kepada 23 waktu. Jadi tak hairan la kalau saya happy kan.

Kepada semua guru-guru dan murid-murid, selamat kembali ke sekolah. Pihak pengurusan sekolah saya dah menyediakan banner yang cantik untuk menyambut murid-murid tahun 2014. Memang sangat-sangat penyayang pengetua saya ni.






Kami warga pendidik beriltizam memberikan pendidikan yang sempurna, 
memupuk serta memajukan potensi pelajar dan 
membimbing pelajar ke arah pendidikan seumur hidup.


Tahun Perkhidmatan ke Tujuh


Tahun 2014 akan menjadi tahun perkhidmatan saya yang ketujuh. Walaupun dah 6 tahun berlalu, saya masih lagi mencari nilai diri saya sebagai seorang guru. Kalau yang mengenali diri saya, mereka tahu betapa saya tidak mahu menjadi cikgu. Saya sangka saya akan pergi meninggalkan dunia persekolahan setelah tamat kontrak biasiswa, tapi realitinya saya masih lagi seorang cikgu. Bahkan sekarang ni saya tak dapat bayangkan apakah kerja yang akan saya lakukan jika saya berhenti menjadi pengawai pendidikan. 
Enam tahun menjadi guru, terdapat beberapa kenangan yang tak dapat saya lupakan seperti:

  1. Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 pada tahun perkhidmatan ketiga.
  2. Menjadi Setiausaha PIBG. PIBG sekolah dinobatkan sebagai PIBG terbaik Daerah Kuala Kangsar dan Ketiga Terbaik Negeri Perak semasa perkhidmatan saya.
  3. Guru Pembimbing Pasukan Robotik ke Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
  4. Guru Pembimbing Pentandingan Dapur Solar ke Peringkat Daerah dan Negeri.
  5. Guru Pembimbing Project Cool School, program bersama British Counsel.
  6. Guru Pembimbing Project Warga, program bersama Institut Kewarganegaraan USM.
  7. Guru Pembimbing Kawat Kaki KRS.
  8. Guru Pembimbing Tarian Tradisional.
  9. Jurulatih Utama Negeri PBS Sains Tingkatan 2.
  10. Jurulatih Utama Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains.



Dan yang lebih membanggakan saya, kini saya ada blog pendidikan saya sendiri. Blog ini saya buat dengan keinginan diri sendiri. Menulis blog ini memberikan motivasi untuk saya kekal dalam dunia pendidikan serta membuka pandangan saya melihat isu-isu pendidikan daripada sudut yang lebih positif.

Walaupun masih banyak kekurangan dalam blog ini, saya akan sentiasa cuba mengemas kini agar blog ini menjadi lebih menarik dan lebih mesra pembaca.


Tahun 2014, saya berharap dapat mengajar dengan lebih bagus daripada tahun-tahun sebelum dan menjadi inspirasi kepada murid-murid saya. Saya juga berhajat nak membawa pasukan Robotik sekolah ke Malaysia International Robotic Competition (MIROC) dan mencari penajaan untuk membeli set robotik EV3. Doakan saya berjaya.


Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak saya menjadi seorang guru.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.