Sabtu, 7 Disember 2013

PBSMR: Kriteria Mendapat Band 6 Sains

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah PBSMR. Terdapat 6 aras band, seperti berikut:

Band Standard
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Band 6 adalah aras yang paling tinggi dalam Pentaksiran Sekolah. Jika dibandingkan Band 6 dan gred A, kualiti murid yang memperoleh band 6 PBSMR adalah lebih baik berbanding gred A dalam PMR sistem lama.

Secara amnya, untuk memperoleh Band 6 murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. (Penerangan Penyataan Stanard Band 6)

Bagi memperoleh band 6 dalam mata pelajaran Sains murid mampun menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi. (Penerangan Penyataan Stanard Band 6 Sains)

Semua murid mesti melaksanakan aktiviti (hands-on) sama ada secara individu atau kumpulan. Guru perlu memberi masa kepada murid untuk mendapatkan maklumat dan tugasan ini adalah berbentuk tugasan di rumah. Hanya murid yang berkemampuan menunjukkan tahap penguasaan mengikut kriteria yang dicadangkan sahaja layak diberi Band 6.

Kriteria memperoleh Band 6:
  1. Menghasilkan produk atau hasil kerja yang kreatif, inovatif dan autentik
    (asli). Tiada unsur-unsur meniru atau ciplak.
  2. Sesi pembentangan perlu dijalankan di sekolah bagi menentusahkan bahan
    atau produk serta menilai kebolehan seseorang murid itu berbicara.
  3. Murid perlu menjalani sesi soal jawab (Q&A) selepas melakukan pembentangan. Sekurang-kurangnya 2 soalan boleh dijawab dengan penuh keyakinan. Soalan boleh dikemukakan oleh guru atau audien. Memadailah audiennya yang terdiri dari sekumpulan murid atau kelas.

Setiap murid perlu melengkapkan dan mencapai band semua evidens pentaksiran band 6 untuk di layak diberikan band 6.