Ahad, 8 Disember 2013

Punca, kesan dan Rawatan Sedu

Bilakah kali terakhir anda tersedu. Biasanya bayi dan kanak-kanak sahaja yang sedu, tapi itu tak bermakna orang dewasa tak sedu. Kenapa tersedu? Orang tua-tua selalu berkata, bersedu disebabkan saiz badan nak bertambah. Betul ke? Bagi saya tak logik langsung. Jadi kenapa sedu? Ada kesan negatifkah kalau kita bersedu?

Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.
Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru.


Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.


Mengapa tersedu?

  1. Menelan terlalu banyak udara
  2. Makan secara lahap
  3. Berasa bimbang atau teruja
  4. Merokok
  5. Mengambil alkohol berlebihan

Pengkaji yang diketuai Christian Straus yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris menjelaskan tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan ketika menyusu seperti tersedu membantu mengelak susu memasuki paru-paru. (patut la bayi selalu sedu)

Kaedah menghilangkan sedu


  1. Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  2. Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  3. Bernafas dalam plastik udara
  4. Tenangkan jiwa dan minda
Jika bayi yang bersedu, petua orang tua-tua menyarankan kita menampalkan secebis kertas kecil ke atas biyi tersebut. Saya tak tahu kenapa, tetapi ia berkesan.


Keburukan sedu

Jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup. Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat.


Sumber: Berita Harian
Copy dan edit dari: majalahsains