Isnin, 16 Disember 2013

Resipi Lasagna Mudah

Alhamdulillah. Kenyang sangat. Walaupun saya tak dapat pergi Italy tapi saya masih dapat makan makanan Italy. Lebih istimewa, saya dpt makan makanan Italy di rumah je, tak payah pergi restoran 5 bintang atau Pizza Hut atau Domino. Sedap pulak tuu. Last two weeks saya buat pizza dan semalam saya buat lasagna. Buat piza dah biasa, tak la excited sangat tapi semalam first time buat lasagna.

Walaupun saya baru borong buku resipi di Big Bad Wolf, tapi saya masih lagi google resipi kat internet. Dah terbiasa. Al-maklum, dulu tak ade buku resipi. Lagipun buku resipi yang baru beli tu, semuanya dah disusun cantik dalam almari. Kalau ambil dari dalam almari, rosak la susunan buku dalam almari tu. gerrrrr….resipi lasagna ni saya ambik dari sini. Terima kasih ye tuan blog. Resipinya mmg mudah dan sedap, dan yang paling penting, menjadi.



 
Bahan-bahan nak buat lasagna sama je macam masak spagetti, tapi kita gantikan spagetti dengan dengan lasagna dan kena buat sos putih. Kalau spagetti tak ada sos putih. Cuma ada sos daging je. Bahan yang saya gunakan, tengok la kt bawah. Tapi cheedar cheese tak masuk dalam gambar. dia merajuk. Nampak tak, ada lada benggala. kalau orang lain buat mesti tak ada lada benggala, tapi apa saya kisah. Saya rasa cantik skit letak lada benggala, berwarna warni. Saya guna daging ayam instead of daging lembu. Kononnya nak rendahkan kalori lasagna ni. Sebab chesse pun tinggi kalori jugak.


lasagna 1


Bahan-bahan utama:
  1. Beberapa kepingan lasagna yang telah di rebus (jika bekas besar, banyak la yg diperlukan)
  2. Keju mozarella dan keju parmesan. (saya guna parmesan sbb tu je yg ada kt rumah. Di pekan kuale susah nk cari cheese, kalau nk beli cheese, kena g ipoh)
Bahan sos merah @ inti daging
  1. 1 botol sos pasta
  2. 1 tin cendawan butang
  3. 400g daging cincang atau sebungkus daging kisar
  4. Sebiji bawang besar dipotong dadu
  5. 5 ulas  bawang putih dipotong dadu
  6. 1 sudu besar Sos cili
  7. Garam secukup rasa
  8. Serbuk lada hitam dan serbuk oregano secukup rasa
Bahan-bahan untuk sos putih
  1. 2 keping keju cheddar
  2. 2 sudu besar butter
  3. 250 ml susu full krim atau 250ml susu cair
  4. 2 sudu besar tepung gandum
  5. Garam secukup rasa
Cara membuat Sos merah@ inti daging

lasagna 2
  1. Masukkan 4 sudu besar minyak masak
  2. Tumis bawang merah dan banwang putih yg di cincang sehingga naik bau
  3. Masukkan pula daging cincang
  4. Kemudian tuang sos pasta 
  5. Masukkan garam secukup rasa
  6. Masukkan serbuk oregano 
  7. Masukkan pulak cendawan butang (saya masukkan lada benggala juga)
  8. Masukkan sesudu besar sos cili
  9. Tabur serbuk black pepper
  10. Masak sehingga mendidih
Saya tambahkan dua sudu besar whipping cream dalam dalam sos merah ni supaya lebih creamy. Dalam resipi original, tak ada whipping cream ye.

Cara membuat sos putih

lasagna 3
  1. Cairkan butter
  2. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Gaul sebati menggunakan api kecil
  3. Masukkan susu full krim
  4. Masukkan keju cheddar. Kacau sampai keju tu sebati
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sampai likat sikit
Dalam sos putih ni pun, saya masukkan whipping cream. Tapi sesudu je.
Rasanya saya masak sos putih tu terlebih likat…al maklum, first time.

Melapis lasagna
  1. Ambil loyang/bekas yang sesuai.
  2. Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang.
  3. Taburkan dengan sos merah @ inti daging yang dimasak tadi.
  4. Tuangkan sos putih. Tutup sampai hilang pandangan inti daging tu.
  5. Taburkan cheese parmesan dan mozarella
  6. Ulang semula langkah 2 hingga 4.
  7. Suka hati nak buat berapa layer. Yang penting last sekali mesti sos putih dan cheese paling atas.
  8. Make sure oven dah di panaskan dengan suhu 180 darjah celsius
  9. Bakar sampai keju perang atau masak semuanya. Lebih kurang 30-40 minit, mengguna api atas bawah.
lasagna 4


Dah siap. Nampak tak, lapisan atas sekali tak cukup sos putih dan cheese. Patutnya lapisan atas sekali ni warna putih sebab dipenuhi dengan cheese. Tapi saya takut kalau letak cheese banyak sangat nanti regular customer saya a.k.a mak dan bapak reject. Kalau diorang reject sape nak makan? Bapak bukannya suka sangat masakkan yang terlampau banyak cheese. Tapi versi lasagna saya ni, dia cakap sedap. hehehehe.


lasagna 5


Ni la rupa lasagna yang dipotong 5 saat selepas keluar oven. Patutnya kena tunggu sejuk dulu, baru la tak hancur apabila dipotong, tapi who care. Tak sabar nak rasa…dan memang berbaloi. Cuba la buat lepas ni, pasti yummylicious.