Isnin, 6 Januari 2014

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang.


Mulai tahun 2014, portal APDM telah dimigrasi daripada http://www.sekolahmalaysia.com/  kepada http://apdm.moe.gov.my/ Paparan utama Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) masih sama, dan guru kelas masih lagi menjadi tulang belakang untuk mengisi data murid-murid.


 
Alamat Portal Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


Guru Kelas

  1. Guru kelas hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada data dan maklumat murid, ibu bapa/penjaga dan maklumat-maklumat lain yang terkandung di dalam APDM.
  2. Guru kelas perlu mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam kelasnya dari masa ke semasa.
  3. Guru kelas bertanggungjawab terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data danmaklumat murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data dan maklumat murid di dalam kelasnya adalah di bawah tanggungjawab guru kelas berkenaan.

e-kehadiran

Salah satu fungsi APDM adalah untuk mengesan kehadiran murid ke sekolah secara dalam talian. Pembantu tadbir akan membantu guru kelas mencatatkan kehadiran murid ke dalam sistem ini setiap hari.

Sistem Maklumat Murid (SMM)


Di sekolah saya, kami menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sejak tahun 2012. Walaupun kami menggunakan APDM, kami masih wajib memasukkan data murid dalam Sistem Maklumat Murid (SMM). Apa motifnya? Mengisi data murid secara online dan offline serentak? Sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Cuma bagi saya, selagi masih ada SMM selagi itulah tujuan sebenar APDM tak tercapai. Saya harap, APDM dapat diupgrade segera sehingga guru-guru tak perlu lagi mengisi SMM.