Jumaat, 17 Januari 2014

Cikgu Zamrud In The House

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog cikguzamrud.com. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca, menulis komen dan menjadi follower blog cikguzamrud.com yang kerdil ini. Blog ini ditulis sejak Oktober 2012.


Menulis blog adalah sebahagian daripada minat saya. Di dalam blog ini saya lebih dikenali sebagai Cikgu Zamrud. Saya juga dikenali sebagai Hijau Zamrud oleh sesetengah blogger.




Entri-entri yang ditulis di dalam blog ini merangkumi:
  • Aktiviti harian saya di sekolah, di rumah, semasa bercuti atau semasa berkursus.
  • Artikel menarik mengenai Sains dan teknologi.
  • Berita pendidikan dan isu semasa mengenai guru.
  • Semakan keputusan UPSR, SPM, STPM, MUET dan PLKN dan semakan permohonan online.
  • Pautan ke portal-portal berkaitan dengan guru dan dunia pendidikan.
  • Soalan Percubaan Sains dan Kimia bagi PMR dan SPM
  • Perkongsian nota, latihan dan persembahan Power Point Sains dan Kimia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
  • Perkongsian bahan-bahan PBS Sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
  • Nota-nota online Sains dan Kimia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.


Blog ini boleh diikuti melalui Google+, Facebook, Twitter, RSS dan Linkedin. Bahan-bahan dalam blog ini dikongsikan melalui SlideShare dan MediaFire.