Isnin, 13 Januari 2014

MODEL SISTEM RESPIRASI MANUSIA

Model Sistem Respirasi ringkas dan mudah dibina. Model ini dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Masa yang diperlukan untuk membuat model ini antara 5-10 minit. Senang je. Bahan-bahan pun mudah didapati.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Model Sistem Respirasi adalah:
1 botol plastik 1.5 L atau 500mL
2 batang straw
2 biji belon
1 helai beg plastik
plastisin
benang
pita selofon

Tips untuk membuat Y tube (Y tube berfungsi sebagai trakea dan bronkus)

  1. Ambil straw pertama dan potong hujung straw itu menjadi 2 cabang
  2. Ambil straw kedua dan kerat menjadi dua.
  3. Masukkan straw yang dikerat itu ke dalam setiap cabang straw pertama.
  4. Lekatkan dan kemaskan gabungkan straw pertama dan ke dua menggunakan pita selofon.
  5. Rujuk gambar untuk melihat Y tube yang sudah siap

Pelajar perlu memastikan belon dan Y tube telah diikat dengan kemas dan tiada kebocoran. Caranya mudah. Tiup Y tube tersebut. Jika belon mengembang, maka tiada kebocoran. Kemudian pelajar boleh memasukkan Y tube tersebut ke dalam botol yang telah disediakan.


Kalau pelajar mempunyai budjet lebih untuk membuat Model sistem respirasi manusia, boleh gunakan bekas plastik mengantikan botol plastik. Anda juga boleh membeli Y tube di kedai hardware. Model ini lebih tahan lama. Contohnya model di bawah ni. Walaupun sudah 4 tahun, masih lagi elok dan berfungsi dengan baik. Cuma, jika guna bekas plastik, nak tebuk lubang untuk memasukkan trakea susah sedikit. Jika bekas plastik itu lembut, boleh tebuk menggunakan paku. Tapi jika bekas plastik itu keras, tebuk menggunakan api ataupun menggunakan drill. Tepuk dada, tanya selera!




Selamat merekacipta Model Sistem Respirasi Manusia!


Apakah yang menyebabkan Sistem Respirasi manusia terganggu?
Apakah penyakit-penyakit sistem respirasi manusia?

5 ulasan:

  1. boleh try buat ne kat science lab :)

    BalasPadam
  2. kalau student buat ni, dapat lah band 6 yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. band 6 yang ni mmg simple. mereka dh bt semasa sekolah rendah. dlm buku teks pun ada langkah2.
      so, cikgu2 kena pastikan murid boleh bt presentation mekanime pernafasan guna paru2 ni. kalau x blh present, x boleh la dpt band 6.

      Padam
  3. laporan tentang eksperimen ni ada tak?perlukan dengan segera....

    BalasPadam