Selasa, 14 Januari 2014

SEMAKAN PERMOHONAN KE MRSM BAGI TINGKATAN 1

Semakan permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 1 tahun 2014 boleh dibuat mulai 15 Januari 2014 secara online di laman rasmi MARA, http://www.mara.gov.my/



Bagi murid yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM, tarikh pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 adalah pada 3 Februari 2014.

Bagi pemohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 4 tahun 2014, semakan pemohonan boleh dibuat mulai 29 Januari 2014.


Saya ucapkan taniah kepada semua murid yang terpilih ke MRSM. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan kecewa. Kejayaan tidak bergantung kepada tempat kita belajar, tetapi bergantung kepada usaha kita untuk belajar bersungguh-sungguh.

Anda boleh merujuk Ranking MRSM berdasarkan keputusan PMR 2013 bagi mengetahui lebih lanjut tentang pencapaian akademik MRSM pada tahun 2013.