Isnin, 10 Februari 2014

Buku Rantaian Kenangan

Disebalik sebuah buku, tersimpan seribu satu kenangan. Suka duka mempelajari ilmu dalam buku itu menjadikan Si Dungu seorang Cerdik Pandai, Si Sesat seorang Pengembara Termahsyur dan Si Sumbang seorang Pemuzik Terhebat. Buku bukan sekadar naskah pakai buang tetapi nilainya melebihi keluasan lautan terbentang.


buku teks

Buku buku semasa zaman persekolah saya, masih lagi elok dan kelihatan baru walaupun ada yang hampir 15 tahun. Dulu, zaman saya sekolah, saya tak dapat pinjaman buku teks, wajib beli sendiri. Hujung tahun cikgu bagi senarai buku untuk tahun baru.

Biasanya saya akan ikut bapak beli buku teks di Ipoh, Ali Bookstore (rasanya itu la nama kedai buku tu). Bapak akan beli buku satu set lengkap, hargnya lebih kurang RM150. Kami pergi beli di Ipoh, sebab di Kuala Kangsar pada masa itu tak ada kedai buku yang menjual buku teks. Sesetengah rakan saya, mereka beli buku teks second hand, sebab lebih mudah didapati dan murah. Selain daripada beli buku teks, kami kena bayar yuran sekolah, bayaran PIBG, yuran PMR dan yuran SPM. Ingat lagi, saya pernah bawa RM300 semasa minggu pertama persekolahan, sebab nak bayar yuran yang pelbagai.

Murid sekolah sekarang dah tak perlu bayar semua tu, kalau ada bayaran pun, hanya untuk majalah sekolah dan sumbangan PIBG. Buku teks pun mereka dapat pinjaman secara percuma.


majalah sekolah

Majalah sekolah masih lagi disimpan baik seperti buku-buku teks dan rujukan. Nama majalah sekolah saya Sinarita, singkatan kepada Sinar Wanita. Saya bersekolah di sekolah menengah perempuan, sebab tu nama majalah sekolah Sinarita. Girls Power la katakan. Saya ada kenangan menjadi salah seorang daripada Sidang Redaksi Majalah Sekolah. Rasanya tugas saya menggumpul dan memilih artikel untuk majalah sekolah.

Buku kuning tu adalah majalah sekolah rendah saya. Diterbitkan khas sempena perasmian bangunan baru yang dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada tahun 1998. Baginda juga pernah datang merasmikan Majlis Ulang Tahun SMK Clifford ke-100. Malah, baginda pernah buat lawatan on the spot  (bukan diundang) ke sekolah saya apabila mengetahui kantin sekolah terbakar pada tahun 2012. Caring kan. Ura-ura pula mengatakan tahun ini, Pemangku Sultan Perak, Raja Muda Nazrin akan datang SMK Clifford untuk perasmian Hari Anugerah. Deng…deng…deng….kita tunggu bulan April nanti.



buku matrikulasi

Tamat sekolah menengah, saya sambung belajar di matrikulasi. Di matrikulasi tiada buku teks untuk subjek utama seperti Kimia, Biologi dan Matematik. Semuanya bergantung pada nota yang dibekalkan oleh pensyarah. Tapi buku teks untuk amali, buku sastera BI, Kewarganegaraan diberikan. Zaman saya dimatrikulasi, masih tiada lagi buku rujukan berdasarkan silibus matrik. Kalau ada pun sangat sedikit. Jadi terpaksa la saya beli buku rujukan STPM.

Walaupun matrikulasi cuma setahun, tapi banyak kenangan tercipta. Saya suka subjek kimia semasa di matrik dan salah seorang cikgu yang paling saya kagumi adalah lecturer Biologi. Saya teringin nak mengajar murid saya seperti dia mengajar saya, tapi sampai sekarang saya tak boleh tiru cara dia. Dia mengajar mengajar biologi seperti bercerita melalui komik. Santai sangat belajar biologi dengan dia. Sambil gelak-gelak je. Dia jadikan kami watak dapat penceritaan dia. Tapi tuhan lebih menyayangi dia. Dia meninggal dunia semasa saya di USM. Al-fatihah buat En Farizal.


USM

Memori saya di USM bermula dengan dua buah buku ni. Dalam banyak-banyak universiti di Malaysia, di sinilah rezeki saya untuk menimba ilmu untuk segulung ijazah. Saya ingat lagi, hari pendaftaran di USM adalah hari yang paling sedih dalam hidup saya. Saya tak nak jadi cikgu, tapi semasa mengisi borong UPU online, saya ‘ter’pilih kursus Sains Dan Pendidikan sebagai pilihan ke-7 daripada lapan pilihan. Tak sangka pula, pilihan ke-tujuh yang saya dapat. Hampa sangat.

Dua tahun saya sabotaj, tak baca buku sebab tak nak jadi cikgu. Kalau saya baca buku pun, cuma buku kimia, biologi dan matematik untuk siapkan tutorial. Buku-buku yang bersangkut paut dengan subjek pendidikan, semua diabaikan. Tapi tahun ketiga, saya dah mulai menerima kenyataan, lagipun saya takut, kalau pointer rendah kena posting di Sabah Serawak.


buku kimia

Buku-buku ini  la pengubat duka saya di USM Tapi berat sangat la. Kalaulah ringan, tentu saya bawa buku ni ke hulu hilir. Kalau tak beli buku-buku ni, memang bukan budak kimia. Kalau nak tahu, buku-buku ni macam buku teks di sekolah. Semua yang lecturer ajar ada dalam buku ni. Malah, ayat-ayat dalam Power Point lecturer pun dipetik daripada buku-buku ni.

Sebenarnya buku Kimia Tak Organik (buku hard cover yang paling atas tu) saya tak guna pun semasa di USM. Saya beli semasa tahun akhir saya di USM sebagai koleksi peribadi. Saya nak simpan sebuah buku hard cover yang ada logo USM. Memang berbaloi. Kalau tak, saya tak ada langsung buku yang ada logo USM.


buku konvokesyen

Buku program bagi Upacara Konvokesyen saya pada tahun 2007. Sayang sangat buku ni. Teringin nak konvo sekali lagi, Tapi entah bila la saat itu akan menjelma. Nak sambung belajar buat master, tapi masih tak ada keberanian. Banyak yang saya fikirkan terutamanya kursus apa yang sesuai untuk saya kalau saya sambung belajar lagi. Saya tak sanggup nak ambil Master dalam Kimia, tapi dalam masa yang sama, saya tak minat buat Master dalam pedagogi, kaunseling, ICT dalam pendidikan and so on…so macam mana???? Sekarang ni, cikgu yang ada sarjana dan PhD, gaji mereka lebih tinggi berbanding guru yang hanya memiliki ijazah macam saya ni.

Saat yang paling best semasa konvo dulu, pertama, excited nak jumpa rakan-rakan sekuliah. Kedua, excited nak pakai baju baru yang ditempah khas untuk konvo.  Ketiga, bergambar dengan jubah konvo. Precious moment sungguh.


buku recipe

Banyak tak buku resipi saya? Kononnya nak belajar masak tapi masih lagi dalam perancangan dan angan-angan. Buatnya belum lagi. Buku resipi yang dalam Bahasa Inggeris tu, semuanya dibeli di Big Bad Woof 2013. Murah sangat-sangat. Rambang mata semasa nak pilih buku yang paling sesuai untuk beginner macam saya ni…ceh beginner sangat laa, masak-masak yang simple-simple saya tau, okey.

Buku warna biru, Lagi Banyak Petua dari Dapur adalah pemberian rakan sekerja saya. Buku 1 Hari 1 Resipi tu pula mak beli untuk saya cuba masak…tapi entah bila la terbuka hati saya untuk memasak. Saya bukannya malas sangat, tapi saya tak suka potong bawang. Sebiji pun mata saya dah berair. Kalau 5 biji dah macam orang menangis.



novel

Malas memasak, tapi rajin baca buku, terutamanya novel. Koleksi novel saya tak lah banyak sangat, tapi almari buku dah tak muat. Dulu-dulu suka baca novel English, seperti Sweet Valley, Harry Potter, Shopaholic, Cecelia Ahern’s dan Paulo Coelho’s tapi sejak dua tiga tahun ni saya suka baca novel Bahasa Melayu, terutamanya terbitan Kaki Novel. Baca novel cinta, dan kemudian berangan jadi heroin. Mengharungi banyak masalah tapi akhirnya bahagia bersama yang tercinta. Sweetkan… (^__^)


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca entri saya yang penjang berjela ni…