Sabtu, 29 Mac 2014

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) BAGI CALON CEMERLANG SPM TAHUN 2013



Kepada calon cemerlang SPM (9A ke atas) yang berminat untuk menjadi guru, permohonan untuk MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) bagi PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) dan PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) LULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013 telah dibuka


Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia atau klik pada link di bawah ini:

http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/semak_ukcg9a.cfm


Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

√ Memperoleh 9A dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013;
√ Memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Melayu; dan
  • Sejarah.
√ Lulus Bahasa Inggeris.
√ Mengesahkan penerimaan tawaran dan mengemaskini maklumat di dalam borang atas talian.

E-GTukar: Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2014


Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2014 melalui Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-GTukar untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred
  • DG29, 
  • DG32 (KUP Time-based), 
  • DG34 (KUP Time-based), 
  • DG38 (KUP Time-based), 
  • DG41, 
  • DG44 (KUP Time-based), 
  • DG48 (KUP Time-based), 
  • DG52 (KUP Time-based) 
  • DG54 (KUP Time-based) 
dibuka mulai 01 hingga 30 April 2014.


Capaian e-Gtukar adalah:  http://apps.moe.gov.my/epgo/
 

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI.
Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran dibuka.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').


SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Ahad, 23 Mac 2014

Minggu Sains Kolej Matrikulasi Sarawak

Kalau di sekolah dijalankan Minggu Sains, di kolej matrikulasi pun dijalankan Minggu Sains. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains Kolej Matrikulasi Sarawak, iaitu Science Race, Pertandingan Nyayian Lagu Kimia, Deklemasi Sajak Fizik, Berbalas Pantun Biologi, dan Pertandingan Model Kimia, Fizik dan Biologi. Setiap kelas tutorial perlu mengantar pasukan untuk menyertai setiap kategori yang dipertandingkan.

Saya tak sempat nak rakam gambar semasa Science Race dan gambar semasa Pertandingan Lagu Kimia, Sajak Fizik dan Pantun Biologi blurrr, sebab pertandingan dijalankan pada sebelah malam. Dan saya pun tangkap gambar dari tempat duduk, jauh dari pentas.

Jadi yang dapat saya kongsikan hanyalah rakaman semasa persiapan booth dan pertandingan Model Kimia, Fiz dan biologi. Jom kita tengok. Seronok tengok mereka berjaya juga buat model-model ini walaupun kekangan masa dan kemudahan untuk membeli barang membuat model.



KMSw 3

KMSw 2

KMSw 1


Pertandingan Model Sains ini dijalankan pada hari Sabtu, 22 Mac 2014, sebelum Majilis Penutupan Minggu Sains KMSw. Sementara nak menunggu juri mengadili model-model itu…
izinkan saya selfie. hehehe


zamrud2

Ahad, 16 Mac 2014

Tarikh Pengumuman Penambahbaikkan PBS




KAJANG, 16 Mac (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kajian bagi penambahbaikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditangguhkan pelaksanaannya akan diumumkan pada Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri ketika memaklumkan perkara itu berkata antara perubahan yang diputuskan ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.

Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata penambahbaikan hasil bengkel melibatkan kira-kira 1,000 guru juga mencadangkan para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'.

"Data hanya perlu dikemukakan apabila ibu bapa perlu melihatnya. Perincian lanjut akan diumumkan pada 18 Mac ini," katanya ketika berucap pada Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsan Tinggi, di sini, Ahad.

Keputusan penangguhan pelaksanaan PBS telah diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pada 23 Feb lepas untuk memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan.

Ini bermakna guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan kelak.

Muhyiddin berkata walaupun ada guru memaklumkan PBS adalah satu sistem yang baik dan harus diteruskan, kementerian mengambil pendirian menyeluruh dan menangguhkan pelaksanaannya untuk kebaikan bersama.

Beliau berkata kementerian memahami rungutan dan masalah yang dihadapi para guru, malah peka dengan kesulitan suami jika isterinya seorang guru yang marah dan mendakwa pelaksanaan PBS menyebabkan masa bersama keluarga terhad.

"Sebab itu kita tangguh seketika bagi ditambah baik...saya juga faham guru mesti mengajar, bukan hanya memasukkan data," katanya merujuk kepada keperluan guru memasukkan data secara online sebelum ini.

-- BERNAMA

Bintang Baru Ditemui!

Bintang kuning gergasi temui setelah kajian selama 60 tahun


Teleskop Besar Interferometer (VLTI) di Balai Cerap Selatan Eropah (ESO), Paris berjaya menemui bintang kuning gergasi dan satu daripada 10 bintang terbesar yang ditemui sehingga kini. Bintang gergasi itu mempunyai diameter 1,300 lebih panjang berbanding matahari dan sebahagian daripada dua sistem solar dengan kedudukan amat dekat dengan bintang utama galaksi itu.


Dengan menggunakan teleskop VLTI ESO daripada balai cerap Observatory de la Côte d’Azur di Nice, Perancis; Oliver Chesneau dan sekumpulan pakar lain menemui sebuah gergasi bintang kuning HR 5171 yang amat besar berbanding jangkaan awal.


Ia menjadikannya bintang kuning terbesar pernah ditemui, 50 peratus lebih besar daripada gergasi merah Betelgeuse dan kira-kira sejuta kali lebih cerah berbanding matahari.


Ciri-ciri bintang kuning gergasi
  • diameter 1,300 lebih panjang daripada matahari
  • sejuta kali lebih cerag berbanding matahari
  • 50% lebih besardaripada bintang merah  Betelgeuse


Pemerhatian bintang berkenaan sudah dijalankan selama 60 tahun dengan sebahagiannya dilakukan ahli kaji bintang amatur. Bintang yang jarang ditemui itu didapati berubah dengan pantas mengikut rakaman dalam satu fasa kehidupannya.


Pemerhatian terbaru turut menunjukkan bintang ini amat rapat dengan bintang lain, 
sesuatu yang mengejutkan.” kata Chesneau.
 “Kedua-dua bintang amat dekat sehingga bersentuhan dan keseluruhan sistem 
seolah-olah seperti kacang yang amat besar.


Ahli kaji bintang menggunakan teknik interferometry untuk menggabungkan cahaya yang diperoleh daripada pelbagai teleskop individu untuk menghasilkan teleskop gergasi sebesar 140 meter.

Keputusan terbaru itu menyebabkan pasukan penyelidik berkenaan menyiasat dengan lebih mendalam pencerapan lama bintang lebih 60 tahun lalu untuk melihat kelakuan bintang berkenaan sebelum ini. - AGENSI



Sumber

Bahagia Itu Pilihan



Di mana kita berada, kita berada kerana Allah. Oleh itu berbahagialah. Dengan lapang dada, pasti kita akan melihat sinar disebalik rimbunan pohon yang hijau dan menikmati kesejukkan bayu yang bertiup.


Setiap yang berlaku pasti ada kitarannya tersendiri. Selepas panas, diturunkan hujan dan kemudian dihiasi dengan pelangi. Oleh itu, mengapa kita harus sedih, sedangkan kita tahu ujian itu datang daripada Allah dan masalah itu datang dari kelemahan kita. Mengapa kita harus merungut dengan ujian yang Allah berikan sedangkan kita tahu ia tak menyelesaian masalah tapi punca kepada kekusutan fikiran. Mungkinkah merungut itu tanda kita masih belum beritiqamah sepenuhnya kerana apa yang kita ucap melahirkan yang tersirat di hati.


Mungkinkah benar menggeluh dan meluahkan perasaan itu dapat menggurangkan tekanan?
Sekiranya meluahkan perasaan itu dapat menggurangkan tekanan, mengadulah pada Allah. Allah itu Maha Mendengar dan Dia yang akan mengkabulkan doa hamba-hambanya. Allah itu terlalu hampir dengan kita tetapi seringkali kita terlupa untuk mengadu kepadaNya. Kepada manusia yang lemah jua kita lepaskan kelelahan yang kita harungi.


Bahagia itu pilihan. Bila kita senyum, kita akan melihat dari sudut yang berbeza.Semoga apa yang kita harungi ini akan menjadikan kita lebih tabah dan bersyukur.



#pray for MH370
#hari ke-8 kehilangan MH370












Jumaat, 14 Mac 2014

Pulanglah MH370 ~Sajak Untuk Kapten Zaharie




Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua


MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu


Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMU
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu KAU ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia

Nukilan:
NORLIDA ABDULLAH

Rabu, 12 Mac 2014

Mengapa dengan Pageviewer cikguzamrud.com?

Cuba tengok statistik blog saya
Dah macam tangga turun ke bawah je kan




Sebagai blogger memang kecewa tengok statistik macam ni.
Kalau boleh nak bilangan viewer sentiasa meningkat.
Tapi tak pe lah.
Sekarang saya masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan Sarawak
bila semua dah stable 
boleh la saya rebranding blog saya.
Tak mau dah tulis tentang PBS Sains
Nak tulis tentang Kimia Matrikulasi pulak
ape yang saya ajar, itulah yang saya tulis.
sambil tulis blog, sambil prepare untuk PdP.
Betul tak.

Tapi matrik ni pelik sikit.
Diorang tak sharing nota antara kolej
sebab persaingan ranking
hohoho..pelik kan
lecturer kena buat nota berdasarkan huraian sukatan pelajaran
sedia maklum, matrik tak ade buku teks.
Di sini lecturer guna reference book imported yang tebal2 tu je.



Hari ni saya happy sebab rumah saya dah ade air.
Kalau nak tahu dua minggu saya duduk rumah tak de air
sebab tu saya sedih je memanjang
Sekarang ni tinggal kereta je yang tak ada.
So banyak kelengkapan rumah dan stationary yang tak ada.
Saya segan nak mintak tolong orang lain
lecturer dan staff memang willing to help
tapi saya la segan. saya kan baru lagi di sini.




Selasa, 11 Mac 2014

A Last of 'Merungut'




Saya rindu kelam kabut siap ke sekolah awal pagi
saya rindu bawa memandu kereta ke sekolah
saya rindu nak beratur untuk thumb in di pejabat
saya rindu nak berkejar ke kelas untuk tanda kehadiran pelajar dalam register
saya rindu nak suruh ketua kelas hantar buku e-kehadiran ke bilik server
saya rindu nak makan sambil sembang di kantin awal pagi
saya rindu nak sembang dengan kawan-kawan di dalam bilik guru
saya rindu nak tulis lesson plan dan reflection
saya rindu suasana bagi salam dan doa sebelum start PdP
saya rindu suasana marah murid bila mereka tak nak buat kerja
saya rindu suasana 'bosan' semasa mesyuarat dan LADAP
saya rindu suasana 'sakit hati' bila menyemak buku murid
saya rindu suasana 'pening' bila buat PBS
saya rindu suasana 'berasap' bila murid provoke
saya rindu suasana 'terpaksa rela' melayan kerenah budak clifford
saya rindu suasana stay back buat robotik setiap petang
saya rindu suasana kat clifford
6 tahun 3 bulan di clifford rupa-rupanya terkesan dalam hati saya.


Saya rindu bile bangun pagi dengar suara mak dan bapak
Saya rindu nak mandi lame-lame guna water heater
Saya rindu nak update blog
Saya rindu nak main dengan kucing
Saya rindu nak tengok tv dengan mak dan bapak
Saya rindu nak tolong mak masak
Saya rindu nak tolong bapak siram bunga
Saya rindu nak peluk teddy bear
Saya rindu nak sapu lotion dekat mak malam-malam
Saya rindu nak sediakan tuam untuk bapak
Saya rindu nak makan buah yang mak potong pada waktu malam
Saya rindu nak makan karipap dan donat yang bapak beli untuk breakfast
Saya rindu nak berangan sorang-sorang di kebun
Saya rindu rutin saya di rumah
Saya rindu mak dan bapak
Saya rindu kucing saya
Saya rindu MyVi saya
Saya rindu rumah saya
Macam mana mereka tanpa saya?


Di sini
Saya jadi felo
Saya tinggal di rumah felo di dalam asrama puteri
Saya ada dua housemate tapi sementara saja
Saya bangun pukul 5 pagi
Saya mandi air sejuk
Saya masak nasi dan telur sebelum pergi kerja
Saya jalan kaki ke kolej
Saya punch card sebelum kul 7.30 pagi
Saya makan bekal di kabin lecturer
Saya studi buku-buku yang tebal
Saya mengajar 13 waktu kuliah, tutoran dan praktikal
Saya mengajar dan berkomunikasi dalam English
Saya menyemak tugasan dan amali yang berganda 'sakit kepala' berbanding PEKA dan PBS
Saya balik kerja jam 5 petang
Saya datang semula sebelah malam untuk kelas tambahan
Saya cuma ada seorang 'kliks' iaitu pembantu makmal sementara
Saya dipanggil 'Miss Farah'
Saya pakai kasut bertutup dan name tag setiap hari
Saya kena 'silent mode' handphone mase kerja
Saya tiada daily lesson plan tapi ada weekly lesson plan
Saya tulis Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dalam Sistem HRMIS
Saya ada fail meja
Saya ada lap top untuk pensyarah
Saya ada email profesional
Saya pakai lab coat semasa amali


Di sini
3 minit ke kilang kek lapis Dayang Salihah
10 minit ke pusat jualan kek lapis dan ikan terobok
15 minit ke Sungai Sarawak dan Bako National Park
20 minit ke pusat bandar Kuching
30 minit ke Gaint
30 minit ke shopping centre terdekat


Di sini
mereka cakap Bahasa Melayu Sarawak
satu ape pun saya tak faham
bila mereka cakap Bahasa Melayu Standard
lain sangat bunyinya
kadang-kadang saya angguk je apa yang mereka cakap
segan nak bagi tahu saya tak faham


Di sini
lebih penat dari Clifford
lebih banyak kerja dari Clifford
lebih tension dari Clifford
tapi kepentingan hanyalah pada kimia
termasuk menyediakan larutan kimia
dan menguasai konsep diluar silibus
adakalanya terasa macam 'zero' je otak ni


Di sini
pilihan saya
kerana Allah saya ke sini
doakan hijrah ini terbaik untuk saya
doakan saya berjaya menghadapi dugaan ini
doakan Allah mudahkan segala urusan saya di sini
saya percaya semua ini ada hikmah yang saya tak tahu.



#12 hari di Sarawak







Isnin, 10 Mac 2014

Video Lirik I Terus Berlari ~ Lagu Motivasi



Kadang-kadang kita di tegak di puncak, kadang-kadang kita terjatuh di lurah. Kadang-kadang kita menguasai dunia tapi kadang-kadang kita rasa kita tak memiliki apa-apa. Di saat diri tengah lemah, hilang arah dan kesedihan, bacalah buku-buku motivasi. Jika tiada buku motivasi, boleh baca kata-kata motivasi @ motivational quotes yang banyak di google dan facebook. Nak dengar lagu motivasi pun boleh.

Di sini saya kongsi satu lagu yang dapat memberi semangat untuk kita terus berusaha dan terus berusaha tanpa putus asa. Nyayian kumpulan kanak-kanak dari Indonesia iaitu Cobay Junior.


Terus Berlari
oleh Coboy Junior


Kamu aku kita semua pastinya
Pernah punya cita yang luar biasa
Kamu aku kita semua pastinya
Pernah mencoba walau tak yakin kita bisa

Tapi manusia tercipta
Untuk mencipta yang luar biasa
Dari yang terlihat tak bisa
Cita kita akan terwujudkan

Ayo kita terus berlari, berlari terus tanpa henti
Hingga tergapai pasti semua mimpi mimpi
Ayo kita terus berlari, berlari terus tanpa henti
Hingga tercapai semua yang t'lah kau yakini

Kamu aku kita semua pastinya
Pernah punya cita yang luar biasa
Kamu aku kita semua pastinya
Pernah mencoba walau tak yakin kita bisa

Tapi manusia tercipta
Untuk mencipta yang luar biasa
Dari yang terlihat tak bisa
Cita kita akan terwujudkan

Ayo kita terus berlari, berlari terus tanpa henti
Hingga tergapai pasti semua mimpi mimpi
Ayo kita terus berlari, berlari terus tanpa henti
Hingga tercapai semua yang t'lah kau yakini



Ahad, 9 Mac 2014

Pesawat MH370 dan 10 Hari di Sarawak


 

Kehilangan pesawat MAS MH370

Sejujurnya, saya lambat tahu tentang kehilangan pesawat MH370.
Di rumah saya tiada tv, dan saya pun tak dengar radio.
Apatah lagi membaca surat khabar.
 Cuma bila baca facebook, 
baru la saya tahu peristiwa sedih ini


 Sewaktu sedih, ditimpa masalah,
bacalah ayat ke -76 surah Yassin. Semoga segala kesedihan itu segera hilang.
Dan semoga pesawat, anak kapal dan semua penumpang ditemui selamat

 



Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
(Yassin, 76)




10 Hari di Sarawak

Saya di sini, jauh dari keluarga, berbeza dari kebiasan, dalam nekad, terselit kesedihan
tapi saya berdoa kesedihan ini akan segera berlalu dan pilihan ini adalah terbaik untuk saya.
Bukankah kita selalu meminta apa yang kita mahu tapi Allah memberi apa yang kita perlu

Ya Allah berkati hijrah ini.


"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ,
maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, 

dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya 
kepada orang yang menuntut ilmu itu.
( Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Jumaat, 7 Mac 2014

The Road Less Taken- A week At Sarawak



Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost



Alhamdulillah, dah seminggu saya di Kolej Matrikulasi Sarawak.
Saya berdoakan pilihan ini adalah
pilihan yang terbaik untuk saya.

Khamis, 6 Mac 2014

DOWNLOAD CONTOH NOTA SERAH TUGAS GURU

Nota Serah Tugas adalah suatu nota yang perlu dibuat apabila seseorang pegawai kerajaan seperti seorang guru bertukar tempat kerja/sekolah.




Kandungan utama yang terdapat dalam Nota serah tugas adalah:
  1. Surat rasmi penyerahan tugas pegawai bertukar
  2. Surat penyerahan dan akuan terima nota serah tugas
  3. Senarai tugas jawata
  4. Kedudukan terakhir tugas-tugas yang belum selesai
  5. Senarai hartabenda/ peralatan
  6. Kedudukan kewangan/akuan dan lain-lain
    Fail meja
  7. Lampiran senarai serahan tugas

Nota serah tugas ini perlu dibukukan/ dibindingkan. Ia perlu dibuat beberapa salinan untuk simpanan Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru yang terlibat dalam serahan tugus seperti ketua panitia. Satu salinan perlu disimpan oleh pergawai yang bertukar


Saya harap contoh Nota Serah Tugas Guru dapat memudahkan urusan pertukaran cikgu-cikgu. Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di tempat baru.


http://www.slideshare.net/hijauzamrud/nota-serah-tugas-zamrud#



Isnin, 3 Mac 2014

Hari Pertama di Kolej Matrikulasi Sarawak


“ Sebermula seutus warkah Tuan yang diberi kuasa diterima,

maka terciptalah satu peristiwa
yang tiada pernah diramal oleh hamba Zamrud
pada hari terakhir purnama ke-dua, tahun ke-2014
pada kiraan putaran bumi mengelilingi matahari,

bagai cenderawasih terbang tinggi ke bumi kenyalang,
penuh segala cabar tiada terjangka lagi,
sungguh ditakuti hatinya,
di tempuhi jua ”


Salam dari Bumi Kenyalang, Pada hari Jumaat, 28 Februari 2014, saya telah melapor diri dan memulakan perkhidmatan di Kolej Matrikulasi Sarawak. Kolej matrik ini adalah kolej matrik ke-15 dibawah KPM. Ia mula beroperasi pada Mei 2013 dengan jumlah pelajar seramai 79 orang. Kebanyakkan pelajarnya datang dari sekitar Kuching. Buat masa sekarang, Kolej Matrikulasi Sarawak tidak mempunyai bangunannya sendiri. Ia menumpang di SM Teknik Sejingkat. Iaitu di Kawasan Perindustrian Sejingkat, Kuching. Jaraknya adalah 25 minit perjalanan daripada pusat bandar.


Aktiviti saya pada hari pertama adalah seperti berikut:
  1. Melapor diri pada Pengarah Kolej Matrikulasi
  2. Berkenalan dengan Ketua Jabatan Sains, pensyarah dan staf pejabat
  3. Berkenalan dengan bakal housemate
  4. Memerhati PdP  semasa kelas Chemistry Practical
  5. Memerhati PdP semasa kelas Chemistry Tutoran
  6. Menjadi mentor ganti semasa program Mentor-Mentee

Jom kita tengok tempat kerja saya yang baru.


kolej matrikulasi sarawak 4 Kolej Matrik ini menumpang bangunan SM Teknik Sejingkat.
1/3 kelas diubai suai dan dipinjamkan untuk kegunaan Kolej Matrikulasi Sarawak.


kolej matrikulasi sarawak 1 Makmal Kimia. Walaupun makmal ni nampak lama,
tapi sudah dinaik taraf berbanding makmal kimia disekolah


kolej matrikulasi sarawak 1b Bilik persediaan Kimia dan stor bahan kimia.
Bilik ni masih dalam proses kemas sebab radas dan bahan kimia baru sampai.
Sila makmum, ini adalah kolej matrikulasi yang baru dibuka!



kolej matrikulasi sarawak 2 Di matrikulasi tiada buku teks seperti di sekolah.
Pihak kolej hanya menyediakan modul amali dan buku koleksi soalan untuk tutorial sahaja.


kolej matrikulasi sarawak 5 Ini adalah kumpulan mentee dari kumpulan T4. Tengok muka mereka, really Sarawakians.
Mereka cakap Bahasa Melayu Sarawak, susah la jugak saya nak faham.
Perjumpaan diadakan di Pusat Sumber



~Sekian~