Ahad, 16 Mac 2014

Bintang Baru Ditemui!

Bintang kuning gergasi temui setelah kajian selama 60 tahun


Teleskop Besar Interferometer (VLTI) di Balai Cerap Selatan Eropah (ESO), Paris berjaya menemui bintang kuning gergasi dan satu daripada 10 bintang terbesar yang ditemui sehingga kini. Bintang gergasi itu mempunyai diameter 1,300 lebih panjang berbanding matahari dan sebahagian daripada dua sistem solar dengan kedudukan amat dekat dengan bintang utama galaksi itu.


Dengan menggunakan teleskop VLTI ESO daripada balai cerap Observatory de la Côte d’Azur di Nice, Perancis; Oliver Chesneau dan sekumpulan pakar lain menemui sebuah gergasi bintang kuning HR 5171 yang amat besar berbanding jangkaan awal.


Ia menjadikannya bintang kuning terbesar pernah ditemui, 50 peratus lebih besar daripada gergasi merah Betelgeuse dan kira-kira sejuta kali lebih cerah berbanding matahari.


Ciri-ciri bintang kuning gergasi
  • diameter 1,300 lebih panjang daripada matahari
  • sejuta kali lebih cerag berbanding matahari
  • 50% lebih besardaripada bintang merah  Betelgeuse


Pemerhatian bintang berkenaan sudah dijalankan selama 60 tahun dengan sebahagiannya dilakukan ahli kaji bintang amatur. Bintang yang jarang ditemui itu didapati berubah dengan pantas mengikut rakaman dalam satu fasa kehidupannya.


Pemerhatian terbaru turut menunjukkan bintang ini amat rapat dengan bintang lain, 
sesuatu yang mengejutkan.” kata Chesneau.
 “Kedua-dua bintang amat dekat sehingga bersentuhan dan keseluruhan sistem 
seolah-olah seperti kacang yang amat besar.


Ahli kaji bintang menggunakan teknik interferometry untuk menggabungkan cahaya yang diperoleh daripada pelbagai teleskop individu untuk menghasilkan teleskop gergasi sebesar 140 meter.

Keputusan terbaru itu menyebabkan pasukan penyelidik berkenaan menyiasat dengan lebih mendalam pencerapan lama bintang lebih 60 tahun lalu untuk melihat kelakuan bintang berkenaan sebelum ini. - AGENSI



Sumber