Isnin, 3 Mac 2014

Hari Pertama di Kolej Matrikulasi Sarawak


“ Sebermula seutus warkah Tuan yang diberi kuasa diterima,

maka terciptalah satu peristiwa
yang tiada pernah diramal oleh hamba Zamrud
pada hari terakhir purnama ke-dua, tahun ke-2014
pada kiraan putaran bumi mengelilingi matahari,

bagai cenderawasih terbang tinggi ke bumi kenyalang,
penuh segala cabar tiada terjangka lagi,
sungguh ditakuti hatinya,
di tempuhi jua ”


Salam dari Bumi Kenyalang, Pada hari Jumaat, 28 Februari 2014, saya telah melapor diri dan memulakan perkhidmatan di Kolej Matrikulasi Sarawak. Kolej matrik ini adalah kolej matrik ke-15 dibawah KPM. Ia mula beroperasi pada Mei 2013 dengan jumlah pelajar seramai 79 orang. Kebanyakkan pelajarnya datang dari sekitar Kuching. Buat masa sekarang, Kolej Matrikulasi Sarawak tidak mempunyai bangunannya sendiri. Ia menumpang di SM Teknik Sejingkat. Iaitu di Kawasan Perindustrian Sejingkat, Kuching. Jaraknya adalah 25 minit perjalanan daripada pusat bandar.


Aktiviti saya pada hari pertama adalah seperti berikut:
  1. Melapor diri pada Pengarah Kolej Matrikulasi
  2. Berkenalan dengan Ketua Jabatan Sains, pensyarah dan staf pejabat
  3. Berkenalan dengan bakal housemate
  4. Memerhati PdP  semasa kelas Chemistry Practical
  5. Memerhati PdP semasa kelas Chemistry Tutoran
  6. Menjadi mentor ganti semasa program Mentor-Mentee

Jom kita tengok tempat kerja saya yang baru.


kolej matrikulasi sarawak 4 Kolej Matrik ini menumpang bangunan SM Teknik Sejingkat.
1/3 kelas diubai suai dan dipinjamkan untuk kegunaan Kolej Matrikulasi Sarawak.


kolej matrikulasi sarawak 1 Makmal Kimia. Walaupun makmal ni nampak lama,
tapi sudah dinaik taraf berbanding makmal kimia disekolah


kolej matrikulasi sarawak 1b Bilik persediaan Kimia dan stor bahan kimia.
Bilik ni masih dalam proses kemas sebab radas dan bahan kimia baru sampai.
Sila makmum, ini adalah kolej matrikulasi yang baru dibuka!



kolej matrikulasi sarawak 2 Di matrikulasi tiada buku teks seperti di sekolah.
Pihak kolej hanya menyediakan modul amali dan buku koleksi soalan untuk tutorial sahaja.


kolej matrikulasi sarawak 5 Ini adalah kumpulan mentee dari kumpulan T4. Tengok muka mereka, really Sarawakians.
Mereka cakap Bahasa Melayu Sarawak, susah la jugak saya nak faham.
Perjumpaan diadakan di Pusat Sumber



~Sekian~