Ahad, 13 April 2014

Ikan Lumek Sarawak

Pernah tak dengar ikan lumi @ ikan lumek di semenanjung? Pasar-pasar di Sarawak terutamanya di Damak Laut, Kuching banyak menjual ikan lumek ni. Harga ikan ni lebih kurang RM4.00 sekilo. Kali pertama saya tengok ikan ni, saya terkejut, ikan ni macam tak bertulang belakang, lembut dan lembik je tapi mempunyai gigi yang panjang dan tajam dan rahang yang besar...terbayang-bayang ikan ni berenang macam ikan yu sambil membuka mulut untuk makan ikan yang lebih kecil.





Cara nak siang ikan ni senang je, pancung kepala dan potong ekornya. Lepas tuu kena basuh dengan limau nipis or asam jawa. Ikan ni ikan laut, tapi tak tau la nape, saya agak loya dengan ikan ni. May be sebab kali pertama makan, dan terkejut tengok mulat ikan lumek ni yang macam ikan pirana..ala2 fobia.


Orang Sarawak cakap ikan ni sedap, sebab isinya manis dan lembut. Bukan setakat isinya lembut tapi tulang ikan ni pun sangat lembut. Lembut seperti tulang ikan sardin dalam tin. Mereka makan ikan ni dengan tulang-tulangnya sekali. Tapi saya tak sanggup, saya tetap asingkan tulang dengan isi walaupun tak berapa nak berjaya sebab tulang ikan ni sangat halus, sehalus benang.


Cara masak ikan ni samada goreng atau buat sup. Student cakap, buat sup lagi sedap daripada goreng, dengan syarat ikan ini masih segar. Kalau ikan ni dah lame, ikan ni akan hancur. Saya cuba dua-dua, goreng dan buat sup.








Kesimpulannya, ikan ni sedap, tapi saya suka lagi ikan kembung. Dan bila makan ikan ni, teringat ikan keli. Dah lebih sebulan saya di sini, tapi saya tak pernah lagi nampak ikan keli. Kalau disemenanjung, ikan keli la yang paling glamer dan paling mudah didapati....