Jumaat, 4 April 2014

Minggu Peperiksaan Percubaan PSPM Kolej Matrikulasi Sarawak

Minggu ini dijalankan Percubaan Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Sarawak. Di peringkat matrikulasi, sebenarnya tak ada Exam Week untuk trial seperti percubaan PMR dan SPM. Terpulang kepada unit masing-masing untuk tentukan tarikh percubaan PSPM. Jadi, Unit Kimia pilih semalam Khamis (3/4/2014) untuk jalankan Trial PSPM. Kebetulan, unit-unit lain (Fizik, Matematik dan Fizik) pun buat trial dalam sela masa dua minggu berturut-turut. So, minggu ini dan minggu depan dah jadi macam Trial Exam Week.


Percubaan PSPM ni bukan dijalankan pada sebelah siang, tapi malam. Kenapa? Sebab sebelah siang ada lecture, practical dan tutorial classes. So, all the lecturer kena la datang pada sebelah malam untuk menjalankan trial ini. Paper Trial Kimia selama dua jam. Paper trial subjek lain pun dua jam juga kecuali Biologi, 2 jam setengah. Trial mula jam 7.40 dan tamat jam 9.40 malam. (di sini Maghrib awal, 6.58petang, sebab tu start  trial 7.40 malam)


Susunatur trial di sini agak santai. Meja tak la dijarakkan sangat sebab kami kekurangan tempat. Pelajar-pelajar pun datang exam dalam keadaan santai, tak perpakaian formal. Malam kan..







Mereka dah exam. So sekarang ni, giliran saya untuk menyemak kertas jawapan mereka!