Rabu, 28 Mei 2014

WW: Ekspidisi Reflesia Di Gunung Gading


Ekspidisi mencari Bunga Pakma di
Taman Negara Gunung Gading.

Khamis, 22 Mei 2014

Sukatan Pelajaran Kimia Matrikulasi

Kepada semua pelajar matrikulasi, bakal pelajar matrikulasi, ibu bapa dan guru-guru, di sini saya kongsikan tajuk-tajuk yang dipelajari oleh pelajar Program Satu Tahun (PST) pada di Kolej Matrikulasi. Semoga ia membantu persediakan anda semua

Semester 1:


Semester 2:


Ahad, 18 Mei 2014

1 Jam 50 Minit AK5432

Kali ni tajuk entri blog saya persis novel 13 Jam A380. Setiap kali naik kapal terbang, saya berangan-angan jadi Hana, dapat free seat di kelas 1 dan bercinta dengan jutawan yang duduk disebelah kerusi. Bercinta 13 jam, berpisah setelah sampai ke London. Bila bertemu kembali, gaduh-gaduh tapi akhirnya kahwin jugak. Sweet (^__^)


Pagi tadi saya pulang ke Sarawak. Naik Air Asia, AK5432.  Departure pukul 7.05 pagi dari Pulau Pinang. Sepatutnya kerusi saya 28B tapi sehingga pintu kapal terbang ditutup, masih lagi tiada penumpang di kerusi 28A, seat tepi tingkap. Jadi saya gerak la ke tepi tingkap. Bila dah duduk tepi tingkap, saya buat muka tak malu, tangkap gambar window view. Banyak kali tau saya tangkap. Agak-agaknya orang sebelah saya ingat saya jakun kapal terbang. Tapi biarkanlah. Saya nak post gambar window view kat blog.


Ini adalah window view semasa kapal terbang berlepas. Pemandangan Pulau Pinang dari langit. Yang korang nampak cahaya tu, itu bukan matahari, tapi flash dari kamera handphone saya.




Nampak tak titi Pulau Pinang. Ini jambatan pertama, Jambatan Sultan Alzan Shah. Semasa nak datang ke airport, saya gunakan titi Pulau Pinang yang baru, Jambatan Sultan Abdul Halim Muazam Shah.




Awan. Kalaulah tingkap boleh dibuka, saya teringin nak pegang awan. Saya tak tahu tekstur sebenar awan. Saya selalu banyangkan awan ni selembut gula-gula kapas, tapi sejuk.Nasib baik tak ade anak murid yang tanya macam-macam tentang awan.



Dah sampai Sarawak. Kapal terbang nak mendarat. Terasa kapal terbang ni bergegar membelah awan.




Sekali pandang nampak Sungai Sarawak ni macam ular sawa. Mesti banyak Bujang Senang kan.


Satu minit sebalum safely landed at Kuching Airport. Saya tak dapat nak teka lagi bangunan ini di area mana. Masih blurr dengan Bandar Kuching.




p/s: Saya tukar background dan header blog lagi.

Selfie Bersama Geng Sekolah

Betul ke selfie tu penyakit? Kalau tak selfie, siapa nak tolong tangkap gambar kami beramai-ramai. Kalau salah sorang daripada kami jadi jurugambar, dah tak ada gambar dia. Rugi kan. Sebab tu, sekarang ni semua orang nak handphone yang ada kamera. Macam kami, kami pilih handphone Sony Experia untuk jadi kamera selfie, sebab gambarnya lebih cantik daripada Samsung (ye ke?).

Untuk memudahkan selfie, semestinya kena ada monopod. Saya antara orang yang masih tak ada monopod. Kononya, tak nak dilabel kaki selfie. Tapi semalam, bila pergi kenduri classmate, kawan-kawan bawa monopod. Malah, pengantin pun sediakan monopod. Jadinya, saya terasa macam outdated, rasa cam nak singgah je kedai beli monopod serta-merta.



Kenduri yang saya pergi semalam tu adalah kenduri kahwin classmate semasa sekolah menengah di SMK Raja Perempuan Kelsom. Dapat la jumpe kawan-kawan lama. Kalau tak pergi kenduri kawan, alamatnya terliur je la tengok gambar mereka di whatapp, FB dan instagram.




Cantik tak dress kahwin kawan saya ni? Saya suka sangat gabungan warna terquoise dan pink. Pelamin dan make-up pun cantik. Memang menaikkan seri pengantin. Dengan kata lain, pengantin nampak sangat cantik.


Kepada Nizra dan Syafiq, Selamat Pengantin Baru. Barakallah.


Rabu, 14 Mei 2014

MINI GIVEAWAY KCOLLY BY SYIERA FIRDAUS

Assalamualaikum

Tekan banner untuk join


PEMBAHAGIAN HADIAH

TOP REFERRAL
Kcolly x 1 pemenang

RANDOM
Perla Coffee x 1 pemenang


TAMAT BILA-BILA MASA

Good luck!











CPUV Oreo Better Together



Saya dah lama tak buka Nuffnang sebab  tahun ni tak pernah masuk CPUV. Kalau masuk iklan CPUV, amount earning untuk CPUV tak sampai 10 sen atau 20 sen. Tapi minggu lepas saya edit survey nuffnang, dan re-paste iklan nuffnang kat blog saya ni. Alhamdulillah, usaha yang berbaloi. Hari ni, apabila saya buka Nuffnang, dah ada on going iklan Oreo.

Jadi, sesiapa yang singgah blog ni, terima kasih sangat-sangat sebab sudi klik iklan oreo ni. Iklan CPUV bukan selalu singgah kat blog, yang selalu ade cuma Churp-churp, yg menyemakkan blog saya je.


Sekali lg, TQ ye pada yg sudi klik iklan Oreo Better Together.

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.


Follow Blog :


Like Page :



























Syarat utama :

  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

WW- Kata Pujangga dari Ibnu Battuta



Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304. Beliau tersohor sebagai seorang  pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun. Pengembaraan beliau meliputi Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.

Khamis, 8 Mei 2014

Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak



Siapa boleh tolong translate bahasa melayu standard kepada Bahasa Melayu Sarawak? Saya dah tulis sedikit, tapi masih banyak lagi yang saya tak tahu. Sekarang ni, saya dah confius bahasa melayu sarawak dengan Bahasa Bidayuh dan Bahasa Iban. Yang saya tahu, kebanyakkan perkataan dalam Bahasa Melayu Sarawak ditambah dengan huruf K.


saya-kamek
awak-kitak
cantik/hensem-kacak
jangan-iboh
tiada-sikda
tidak-sik
menyampah-ingga
tahu-tauk
kalau-mun
berlagak-esen
mana-siney
sini-sitok
sana-sinun
mahu-maok
sekarang-kinek
budak-biak
pukul-rumbak/bantey/tigak/tumpu
jatuh-gugok
baring-gurin
kacau-kaco/ngaco
paksa-mejal/pejal
gedik-ngegeh
kucing-pusak
anjing-asuk
ayam-manok
nanti-kelak
jln2-ngelayo
sibuk-gago
pengotor-ceridak
tipu-bulak

Rabu, 7 Mei 2014

Promosi Secret Skin White Kawaii Collagen



Sekarang ni ada promosi harga istimewa Secret Skin White Kawaii Collagen. Secret Skin Kawaii Collagen ini bagus untuk kesihatan dan kecantikan semua peringkat wanita, samada ibu mengandung, ibu menyusukan anak, wanita berkerjaya dan anak gadis. InsyaAllah tiada kesan sampingan sebab produk ini menggunakan kolagen yang diekstrak dari buah-buahan.


Harga promosi kolagen ini adalah RM145.00 sekotak dan harga ini sah sehingga 10 Mei 2014. Untuk makluman, harga dipasaran adalah RM250.00. Setiap kotak mengandungi 60 sachet dan setiap kotak adalah untuk kegunaan satu hingga dua bulan.


Selain Secret Skin White Kawaii Collagen, terdapat juga promosi harga istimewa bagi produk-produk berikut:


Secret Bust UP -RM120
Zofea Beauty Secret - RM145 (PERCUMA sebotol PIL BUST UP-60biji)
Satin Skinz -RM145
Opa SNOW-RM55
Dewy Vitamin C -RM55
Royal Slim LiShuo -RM95


Selain daripada promosi harga istimewa, free gift juga akan diberikan kepada setiap pembeli. Malah, pembelian secara borong diterima untuk mendapatkan harga runtuh. Doorship juga diperlukan bagi sesiapa yang berminat untuk menjual Secret Skin White Kawaii Collagen.


Untuk maklumat lanjut @ pembelian, sila SMS/what apps kepada Fiza - 0196428422 atau klik di sini.

Kenapa tak boleh buat bloglist?



Nak buat bloglist untuk blog-blog yang selalu saya singgah,
tapi bila saya save dan view blog, senarai bloglist saya kosong.
kenapa???
dua tiga kali cuba, tapi tak menjadi.




Pengalaman Dua Bulan Pertama Di Sarawak



Sabtu lalu, kakak saudara saya kahwin. Jadi, berkumpul sanak saudara di rumah mak saudara. Masing-masing tanya soalan cepu emas kepada saya.

Seronok ke duduk di Sarawak?

Kalau Sarawak tu dekat, dan saya boleh balik kampung selang seminggu dengan hanya memandu kereta, tentu saya jawab best. Tapi Sarawak tu jauh. Kalau saya departure/boarding di KLIA2 atau di Airport Penang tetap jauh dengan dengan kampung saya. Kena minta mak dan bapak tolong ambil di airport. Nak naik bus tak reti lagi. Saya tak tengok lagi schedule bus. Yang pasti, tak ada bus terus ke Kuala Kangsar. Cuma ada Penang-Kemunting dan KLIA-Ipoh.

Sarawak Dishes

Makanan di Sarawak manis berbanding di Semenanjung. Kalau nak di bandingkan kemanisan masakan Kelantan dan kemanisan masakan Sarawak, saya suka lagi masakan Kelantan. Dua tiga minggu pertama di Kuching, memang saya tak boleh nak terima masakan restoran-restoran di sini, tapi bila dah dua bulan, saya mulai biasa dengan masakan mereka. Makanan tradisi/tempatan Sarawak, seperti ayam pansuh, umai, paku-pakis (lupa nama masakkannya) memang sedap. Tapi yang paling saya suka, ayam pansuh la.

Perpaduan 1Malaysia

Orang Sarawak memang mesra. Di sini memang nampak dengan jelas perpaduan tanpa mengira latar belakang agama dan kaum. Kadang-kadang sukar saya nak bezakan antara iban, bidayuh, cina dan melayu. Nampak sama je. Lagipun orang-orang di sini putih-putih. Saya ingatkan cina, rupanya Melayu.

Ikan dan sumber laut

Saya tak pernah nampak obor-obor dijual di pasar semenanjung. Tapi di sini senang je nak dapat obor-obor ni. Ikan, udang dan sotong segar dan lebih murah berbanding semenanjung. Tapi di sini tak ada ikan keli. Ikan lumek banyak. Ikan lumek ini rasanya boleh dapat di Sarawak je. Gigi ikan ni tajam macam ikan jerung, tapi tulangnya lembut macam ikan sardin dalam tin.


Bandar Roundabout

Jalan-jalan di Kuching dan sekitarnya kurang traffic light tapi banyak bulatan. Setiap bulatan sangat besar, lebih kurang satu padang futsal. Tapi cara orang sini ambil pusingan semasa melalui bulatan pelik sikit, macam main redah je. Mereka jarang menggunakan signal. Saya bayangkan, kalau di Penang dah lama kena hon, tapi pemandu di sini jarang menggunakan hon. Mereka amat bertolak ansur semasa memandu.


Kos Hidup

Semua orang tahu, harga barang di Malaysia Timur memang lebih mahal berbanding Malaysia Barat. Jadi saya simpulkan kos hidup di sini lebih tinggi berbanding di Semenanjung. Saya beli tong gas dan gas Shell untuk memasak dengan harga RM200.00. Tak munasabah langsung. Lagipun bukan saya yang beli sendiri, saya minta orang Iban setempat kerja tolong belikan. Paling saya pelik, di Kuching ni, pengedar gas Petronas tak nak jual tong gas kepada saya. Dua tiga pengedar saya tanya, semua cakap mereka tak ada tong gas, hanya boleh refill sahaja. Pelik kan. Kalau di Kuala Kangsar, bersepah-sepah tempat jual tong gas, terutamanya gas Petronas.


WW: Kain Corak Batik Sarawak


Kain pasang corak Batik Sarawak.
Banyak di jual di Indian Street, Kuching dan di Serikin.
Gambar ini diambil di Serikin.

Selasa, 6 Mei 2014

Kembali Kepada Cinta Pertama

Saya dah ubah fikiran. Saya kembali kepada cinta pertama saya. Dan bila saya tengok, yang asal lebih serasi dengan jiwa saya. Walaupun template asal tak mesra SEO dan tak nampak macam template blogger profesional tapi masih menarik dari kaca mata saya. Lagipun, saya memang suka pocca dot.



Dulu, dulu, dulu...saya tukar kepada background putih supaya lebih mesra pembaca. Saya ambil template yang paling ringkas supaya pembaca blog saya tak perlu tunggu lama untuk page loading. Tapi sekarang pembaca blog dah kurang, saya pun makin kurang minat untuk nak update blog. Minat saya sekarang adalah tidur, ZZZZZzzzz.... Serius, saya tidur awal, bangun lewat. Kalau ada masa, petang pun saya tidur. Sedikit sebanyak, saya tension di sini. Saya cuba lari dari masalah dengan terbang di alam fantasi (^__^)

Anyway, lupakan gundah gulanda saya di tempat baru sebab sekarang saya tengah bercuti. HOREYYY! Saya cuti dua minggu. So, saya sekarang berada di Kuala Kangsar. Setelah dua bulan tak drive kereta sendiri, saya rasa pelik sebab saya tak kekok pun untuk memandu. Kucing-kucing pun masih ingat kat saya lagi. Everything is just as same as before. Tapi, bila saya di rumah ni, memang rasa sangat menyesal pergi ke Kuching sebab di sini jauh lebih baik dari di sana. Harapnya, saya tak lama di Kuching. Saya nak berada di Semenanjung. Saya nak bersama dengan keluarga saya. Sekarang baru saya tahu, perasaan cikgu-cikgu yang mengajar di Sabah dan Sarawak.