Ahad, 29 Jun 2014

Tujuh Perangkap Semasa Menuntut Ilmu- Dr Muhaya

 Sebulan telah berlalu bagi pelajar Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015. Ramai pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan budaya pengajaran dan pembelajaran di kolej matrik tapi masih ada segelintir yang  masih lagi terkejut dengan 'kelajuan' lecture dan bilangan tugasan tutorial, assignment dan lab report yang lebih banyak berbanding di sekolah dahulu.


Mungkin terdapat segelintir pelajar yang strees, "mental break down" dan give up. Tetapi percayalah pada diri anda, anda di sini sebab anda adalah pelajar cemerlang. Kalau tak cemerlang, tak dapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi KPM ye! Tugas anda di sini hanyalah meneruskan kecemerlangan di sekolah agar dapat melanjutkan pengajian di universiti dalam bidang yang anda sukai dan menggapai citi-cita anda.


Di sini saya kongsikan 7 Perangkap Semasa Menuntut ilmu yang dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Buku ini ditulis oleh Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad. Saya harap anda semua tidak tersungkur dalam tujuh perangkap/halangan ini.



1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.


2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.


3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.


4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.


6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

  • Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil. 
  • Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka. 
  • Tidak mahu berusaha lebih.
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

  • Berebut mendapat perhatian pensyarah.
  • Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior.
  • Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
  • Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari.

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



Oleh PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Lirik Lagu Pintu Taubat by Zivilia

Pintu Taubat by Zivilia


Tersadar ku dari khilafku
bersujud memohon ampunan
atas segala dosa-dosaku
yang telah lelahkan hatiku

kebesaranmu ya Allah
kasih sayang dan rahmat-Mu
dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

entah kapan ajal menjemputku
mungkin esok hanya Kau yang tahu
mungkin usiaku tak cukup lagi
untuk hapuskan segala dosaku

kebesaranmu ya Allah
kasih sayang dan rahmat-Mu
dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

aku hina dan tak pantas memohon ampunan
tapi hanya Engkau tempatku untuk meminta ooh

kebesaranmu ya Allah
kasih sayang dan rahmat-Mu
dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

dalam sujud ku berdoa
dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah ampunkan semua dosaku




Sabtu, 28 Jun 2014

Doa Sambut Ramadhan



Salah satu cara terbaik untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan al-Mubarak adalah dengan berdoa. Satu lagi riwayat para sahabat, Rasulullah SAW telah membaca Doa Menyambut Ramadhan berikut :

.

“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Dikau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.


Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Dikau membalas kami dengan balasan yang Dikau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.


Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.


Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari dehaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Dikau redhai.


Telinga-telinga kami tidak sampai mengarah pada sia-sia, mata-mata kami tidak terpusat pada kealpaan, tangan-tangan kami tidak kami hulurkan pada larangan, kaki-kaki kami tidak kami langkahkan pada keburukan, perut-perut kami tidak kami isi kecuali dengan yang Dikau halalkan, lidah-lidah kami tidak berbicara kecuali yang Dikau contohkan. Kami tidak melakukan kecuali yang mendekatkan pahalaMu dan kami tidak mengerjakan kecuali yang dapat menghindarkan kami dari siksaMu.


Maka bersihkanlah semua (amal-amal) itu dari sifat riak dan dari membangga diri. Di bulan ini kami tak akan menyekutukanMu dengan siapapun dan tidak akan mencari kerinduan selain kepadaMu.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang telah Dikau tentukan, fardhu-fardhunya yang Dikau fardhukan, tugas-tugasnya yang Dikau tugaskan, dan waktunya yang Dikau tetapkan.


Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, dengan kesucian yang paling tinggi dan paling sempurna, dengan kekhusyuakn yang paling nyata.


Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan jiran kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat, mendekatkan lagi orang yang menjauhi kami, memperlakukan dengan adil orang yang menyakiti kami, berdamai dengan orang yang memusuhi kami, kecuali dalam permusuhan yang semata-mata keranaMu dan untukMu, kerana dialah musuh yang tidak kami senangi dan golongan yang tidak kami sukai.


Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kecelaan, sehingga para malaikatMu tidak lebih banyak memasuki pintu-pintu ketaatan dan macam-macam peribadatan daripada yang kami persembahkan untukMu.


Ya Allah, daku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Dikau dekatkan, para nabi yang Dikau kirim, para hamba soleh yang Dikau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Di bulan ini, jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Dikau janjikan kepada para kekasihMu, yang Dikau pastikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rakhmatMu.


Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jauhkanlah kami dari ketergelinciran dalam bertauhid kepadMu, kekurangan dalam memujiMu, keraguan terhadap agamaMu, keburukan dari jalanMu, kelalaian akan kesucianMu, ketertipuan oleh musuhMu, setan yang terkutuk!


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Jika pada malam-malam bulan ini ada hamba yang tengkuknya dibebaskan dengan ampunanMu atau dianugerahi maafMu, tempatkan kami pada kelompok dan orang yang terbaik di bulan ini.


Ya Allah, hilangkan dosa-dosa kami bersamaan dengan hilangnya bulan sabit Ramadhan, lepaskan beban-beban kami bersamaan dengan berlalunya hari-harinya, sehingga ketika bulan ini meninggalkan kami, Dikau telah membersihkan kami deri kesalahan, Dikau sudah melepaskan kami dari keburukan.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jika kami di bulan ini menyimpang, luruskanlah; jika kami tergelincir, tegakkanlah; jika syaitan musuh kami mencengkeram, selamatkanlah kami.


Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan puasa dan malamnya dengan solat khusyuk, tunduk dan merendah kepadaMu. Sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang Dikau hidupkan kami.


Jadikan kami di antara hamba-hambaMu yang soleh yang menwarisi Firdaus dan kekal di dalamnya (QS Al Mukminun:11), yang memberikan apa yang mereka berikan dalam keadaan gemetaran (mengetahui) bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan, mereka termasuk orang-orang yang berlumba-lumba mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Dikau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan kelipatan yang hanya Dikau yang dapat menghitungnya. Sungguh Dikau melakukan apa yang Dikau kehendaki.”

.

Syaikh Rakhiuddin, Iqbal al-A’mal, Muassasah al-A’la Li al-Mathbu’at, Beirut, 1996, hal. 322.



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Jumaat, 27 Jun 2014

Tips Mendapat Iklan Nuffnang






Yeay! Bertambah lagi iklan CPUV.  Terima kasih En Ikea dan En Nuffnang kerana memilih blog saya untuk meletakkan iklan CPUV anda.


Sejak saya update survey En Nuffnang pada 1 May 2014, saya dah dapat 6 iklan CPUV yang mempunyai komisen lebih daripada lima ringgit. Yang kurang daripada seringgit, banyak sangat. Walaupun iklan CPUV diblog saya tak lama, tapi cukup mengembirakan saya. Orang kata, lebih baik sedikit, daripada tak ada.


Jadi, kawan-kawan blogger update la survey di Nuffnang selalu, terutamanya bahagian describe your blog and yourself. Nuffnang suka letak iklan pada blog yang menpunyai sasaran pembaca yang luas.


Selain itu, Nuffnang akan mengutamakan blog yang meletakkan iklan pada tempat yang mereka tetapkan. Jangan letak iklan Nuffnang ikut suka hati korang yerk.! Ikut tutorial yang Nuffnang sediakan tu.


Kita akan dapat komisen daripada iklan CPUV apabila ada pengunjung yang sudi iklan CPUV itu. So, kalau nak orang klik iklan di blog kite, kite kena la klik iklan Nuffnang kat blog orang. Sebab tu la blogwalking penting. Kalau ramai yang klik iklan kita, Nuffnang akan selalu meletakkan iklan CPUV di blog kita.






Khamis, 26 Jun 2014

Nuffnang Letak Iklan CPUV Lagi!





Encik Nuffnang dah tamatkan iklan CPUV Whisper Mesh. Tapi diorang gantikan dengan iklan CPUV Huawei Ascend P7. Nasib baik digantikan yang baru. Kalau tak de yang baru, sayu hati saya ni.


Kalau korang buka Nuffnang, tentu korang perasan Nuffnang dah berubah wajah. Daripada tema hijau kepada tema biru. Harap-harap bukan tema je berubah tapi iklan CPUV pun bertambah banyak.

 

Doa Untuk Adik Muhammad Firdaus bin Dullah

Dalam hidup ini, tiada benda yang kekal selain Allah SWT.  Kita perlu sentiasa bersyukur pada setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita. Kalau Allah tarik balik rezeki itu, mohonlah agar Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Allah Maha Mengetahui, dan Allah hanya memberikan yang terbaik untuk hambanya.
 



Kepada adik Muhammad Firdaus Dullah dan Puan Lola, semoga tabah menghadapi setiap duguan walaupun anda dicerca oleh masyarakat umum. Saya tak tahu keadaan sebenar, begitu juga dengan masyarakat luar. Mungkin dengan penemuan adik Firdaus, remaja OKU di Nilai secara tidak sengaja oleh pasukan Imigerisin akan memberi sinar baru kepada adik Firdaus dan ibunya. Sesungguhnya setiap dugaan yang Allah berikan adalah untuk menguji keimanan kita kepada Allah.


Kalau nak dibandingkan dugaan yang Allah berikan kepada saya dan keluarga Adik Firdaus, rasanya dugaan kepada saya hanya sedikit sahaja. Alhamdulillah. Saya doakan semoga mereka dimurahkan rezeki, adik Fidraus kembali sihat dan cukup makan, mendapat pendidikan sewajarnya dan bahagia bersama keluar tercinta.


Isnin, 23 Jun 2014

Apa Salahnya Cakap Bahasa Malaysia?



Dilahirkan di Malaysia, mengaku orang Malaysia tapi bila bercakap, speaking in English. Saya menyampah betul la orang-orang yang tak tahu cakap bahasa Malaysia ni. Robot pun pandai cakap pelbagai bahasa.


Hari ini saya berurusan dengan orang bank, tentang interest kereta. Dia speaking omputih. Bila saya cakap BM, dia still nak menunjukkan kehandalan bercakap dalam BI. Agaknya dia perasan profesional apabila bercakap menggunakan BI semasa berkerja atau "i feel stupid speaking in Malay"



Tapi bukan orang bank tu je yang suka cakap omputeh, ramai lagi kan. Kadang-kadang antara orang melayu pun tak nak cakap bahasa melayu. Sedangkan bahasa itu jiwa bangsa. Kalau hilang sesuatu bahasa, hilanglah bangsa itu....


Manisnya Buah Kristal

Pernah makan buah kristal tak? Kalau datang Sarawak, mesti cuba makan buah ni. Kalau tak makan, rugi, sangat, sangat rugi. Isi buah ini jernih macam kristal. Kulitnya tebal dan isinya manis. Rasa buah kristal macam buah laici dan mata kucing. Buah ni adalah buah bermusim, cuma boleh didapati di Borneo sahaja.  Buah krisal ni ada pelbagai saiz, kecil sederhana dan besar. Lagi besar buah kristal, lagi sedap. Kalau teringin nak rasa, boleh beli di Kubah Ria atau Pasar Serikin. Kebanyakkan penjual memborong buah ini daripada Lundu dan Semantan.




Saya suka buah ni, sangat manis. Rasa sekali nak lagi.Kadang-kadang rasa pelik pulak, kenapa di semenanjung tak jual buah ini. Kalau ada petani yang tanam buah ini, mesti untuk besar. Akan laku macam buah rambutan. Sebenarnya, bagi saya buah ini lagi sedap daripada buah laici dan mata kucing. Tapi nak kupas buah ni lain sikit sebab kulitnya tebal dan keras macam kulit ketam. Kena ketuk buah ini pada permukaan yang keras supaya kulitnya pecah. Tak boleh guna pisau yerk.





Harga buah ini sekilo RM10.00-RM14.00. Tapi kalau beli di Lundu, harganya cuma RM7.00 sahaja. Cubalah rasa. Manisnya Buah Kristal Sarawak ni. Mesti puas hati!

Jumaat, 20 Jun 2014

Rindu Pada Kampung

Pagi tadi saya baru beli tiket untuk balik raya. Mahal giler. Tapi nasib baik ada lagi. Kemudian survey tiket balik kampung pada bulan puasa. Tapi tak dapat harga yang berkenan di hati. Harap-harap nanti MAS, Air Asia atau Malindo ada jual tiket harga murah. Saya rinda pada mak dan bapak. Saya rindu pada rumah, rindu pada kucing, dan rindu pada gelagat anak buah.


Tahun ini, akan jadi sambutan raya saya yang terpendek. Dah tak dapat nak sambut raya panjang-panjang dengan famili. Nak kata ape, saya dah tercampak menyeberangi Laut Cina Selatan. Rasa macam menyesal pun ada kadang-kadang. Tapi dah tak boleh patah balik. :( Sekarang ni, sekadar dapat melihat gambar dan mendengar cerite aje la. Nak jumpe selalu dah payah.


Gambar di bawah ni, gambar anak-anak buah pada sehari sebelum hari raya tahun lepas. Hari masak lemang. Kononnya meraka la yang berkerja keras memasukkan pulut dalam buluh. Sementara bapak-bapak mereka bakar lemang, kononnya mereka membersihkan halaman rumah. Sebelah malam baru ladapat main.




  







Saya nak balik kampung!!!

Khamis, 19 Jun 2014

Takziah Buat Keluarga Blogger Syuhada Baharudin


Assalamualaikum...
Dikalangan blogger pasti yang kenal dengan Blogger Syuhada Baharudin. 
Allahyahamah telah meninggal dunia pada hari Rabu, 18 Jun 2014.

Al-fatihah.

الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره
 ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia,
muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, 
mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. 
Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.
Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, 
gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, 
gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. 
Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.

Rabu, 18 Jun 2014

WW: Income With Nuffnang


Sedar tak sedar, ade untungnya letak iklan Nuffnang

Selasa, 17 Jun 2014

Bandar Paling Mahal di Malaysia

Bandar paling mahal di Malaysia dari kos sara hidup ialah Pulau Pinang, diikuti dengan Bintulu dan Kerteh. Berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia.
  1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
  2. Bintulu, Sarawak
  3. Paka/ Kerteh, Terengganu
  4. Miri, Sarawak
  5. Kuala Lumpur
  6. Kuala Terengganu, Terengganu
  7. Kuching, Sarawak
  8. Klang
  9. Labuan
  10. Johor Bahru




Senarai ini adalah berdasarkan kajian The Malaysian Insider. Perkara yang dikaji adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.


Kiranya sekarang saya tinggal di bandar ketujuh paling mahal di Malaysia, iaitu Kuching. Saya akui kos hidup di sini lebih mahal daripada Ipoh dan Kuala Kangsar. Kalaulah Jusco, Tesco dan Mydin, tentu kos hidup di sini dapat dikurangkan. Di sini bukannya ada lebuhraya bertol pun. Cuma ada satu je jambatan bertol.


Penduduk tempatan kata, kos hidup di Kuching meningkat kerana terdapat migrasi penduduk luar bandar ke Kuching dan tiada jualan minyak NGV. Betul ke?

Pemohonan Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS


Adakah anda berminat untuk menjadi guru tabika atau taska. Jika Ya, anda boleh memohon untuk mengikut Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS. Kursus ini adalah kursus sepenuh masa selama tiga(3) bulan. Tamat kurus itu nanti, anda akan ditempatkan untuk mengajar di Tabika/Taska KEMAS.

Syarat-syarat permohonan

  1. Warganegara MALAYSIA
  2. Berumur 21 - 35 tahun pada tarikh tutup iklan
  3. Telah menamatkan pengajian peringkat diploma dan bergraduasi. DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);
  4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  5. Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini

Bagaimana untuk memohon?

Download borang pemohonan BORANG KEMAS SPAKK PIN. 2013 dan hantar ke Pejabat KEMAS Negeri. Borang pemohonan boleh dimuat turun di

a) Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/
b) Facebook KEMAS : http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas

Alamat Pejabat KEMAS Negeri. boleh diperolehi daripada laman sesewang berikut: https://www.facebook.com/notes/jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas/direktori-jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas-negeri/500001019960



Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Jun 2014

Isnin, 16 Jun 2014

Hotel Citadines Apart, Kuching

Kebanyakkan pelancong yang datang ke Kuching suka mengginap di hotel sekitar Waterfront. Kononnya senang nak membeli cenderamata Sarawak. Tapi saya ingin nak cadangkan satu hotel yang tak jauh dari lapangan terbang dan tak jauh juga dari Waterfont. Lebih kurang 10minit ke Waterfront. Kalau naik teksi, bayaran yang dikenakan adalah RM10.00


Hotel yang saya maksudkan adalah Hotel Citadines Apart. Hotel ni dibuka pada tahun 2013. Sangat cantik. Paling best, ini adalah hotel apartment. Sewa satu bilik, tapi dapat satu apartment. Dalam apartment ini ada dapur yang lengkap dengan cooking utensil, ruang makan dan ruang tamu. TV ada dua biji, satu di ruang tamu, dan satu lagi di bilik tidur. Tilam dan bantal sangat empuk, maklum la, hotel baharu. Apartment ini sangat luas. Sewa satu bilik/apartment, boleh muat sampai 5-6 orang ye. Saya rasa memang sangat berbaloi apabila memilih hotel ini.




Hotel ini bertentangan dengan shopping mall yang sangat popular di Kuching, iaitu The Spring. Terdapat skywalker yang menyambungkan hotel ini dengan The Spring. Jadi, petang petang anda boleh shopping di Waterfront. Bila malam boleh la shopping dan tonton wayang di The Spring.
Saya cadangkan anda mengginap di hotel ini, terutamanya yang berkeluarga.


Meneroka Gua Angin, Kuching

Gua Angin ialah sebuah gua batu kapur yang terletak Pekan Bau, Kuching, Sarawak. Jika anda dari pusat bandar Kuching,  jarak perjalanan ke Gua Angin adalah 45 minit memandu. Selain Gua Angin, tempat tumpuan pelancong di Bau adalah Gua Pari-pari, Pasar Serikin dan Tasik Biru.




Pada zaman dahulu, gua ini didiami oleh manusia kerana terdapat aliran sungai di dalam gua ini. Malah terowong di dalam gua ini menjadi laluan angin keluar masuk. Sebab itulah nama gua ini Gua Angin. Di dalam gua ini terdapat pembentukkan stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang berusia lebih 60 juta tahun. Ada yang menyerupai bentuk kepala buaya dan rangka buaya.


Sebenarnya gua ini sangat panjang dan sangat gelap. Selain gelap, dalam gua ini banyak kelawar. Malah laluan dalam terowong adalah licin. Sebab tu la saya pilih exist dengan jarak terpendek. Walaupun paling pendek, tapi setengah jam jugak la. Sempat berpeluh.


Keluar daripada terowong gua, kena merentas hutan melalui titi yang disediakan. Baru la kita kembali ke tempat kita bermula. Jadi, dapat la cuci mata dengan memandang alam flora. Sesiapa yang teringin nak mandi sungai, boleh la mandi sungai yang ada berhampiran gua ini. Airnya cetek tapi agak deras. 


Tentu anda tertanya-tanya, apa yang menarik tentang Gua Angin berbanding dengan gua batu kapur yang lain kan. Saya rasa yang menariknya ialah laluan berangin dalam gua ini. Anda akan nampak satu pintu gerbang yang sangat besar apabila berjalan di dalam gua ini. Pintu gerbang inilah sumber angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.


Jadi apa lagi, jom kita pergi Gua Angin, Kuching, Sarawak.


Bayaran masuk: RM3.00 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak)
Sewa lampu suluh: RM3.00 sebuah


p/s: saya tak ada banyak gambar di Gua Angin, sebab dalam gua sangat gelap. Semua gambar yang saya snap, semuanya gelap.

Ahad, 15 Jun 2014

Jadual Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, di mana murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan.

Ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos.

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban. 

"Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.

"Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini, Sabtu - mStar online

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/06/tarikh-peperiksaan-pentaksiran.html#ixzz34hNsRNnf
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Jumaat, 13 Jun 2014

Mee Kolok Sarawak Paling Best

Kalau datang Sarawak, anda wajib makan Mee Kolok. Orang cina panggil mee kolok ni sebagai mee tampua manakala orang Iban panggil sebagai mee rangkai. Ia merupakan menu sarapan pagi bagi orang Sarawak. Tapi, kalau di sekitar Kuching, mee kolok di jual tak kira pagi, petang atau malam.




Terdapat dua jenis mee kolok, mee kolok sup dan mee kolok goreng. Tapi yang popular adalah mee kolok sup. Rasa mee kolok sup ni berbeza dengan mee sup sebab ia menggunakan mee sanggul/yee mee. Cuba rasa, baru tahu!


Mee kolok yang paling sedap dan popular di Kuching adalah Mee Kolok Sepinang Sari, milik Hj Salleh. Anda semua wajib makan mee kolok ni. Kenapa??? kerana mee kolok ni yang paling sedap. Tak tipu ye! Yee mee dia special. Macam home made. Kuah sup pun special jugak. Tapi, masa menunggu sangat lama. Dekat sejam ye. Ramai sangat pelanggan, tapi pekerja dia sedikit dan kedainya agak sempit. Apabila mee kolok sampai, saya dah sangat lapar, jadi bertambah sedaplah mee kolok Haji Salleh ni.




Restoran Sepinang Sari Mee Sapi / Mee Kolok Haji Salleh terletak di Lot 206 G/F, Jalan Satok, Section 11, Kuching. Koordinat GPS adalah  N1 33.203 E110 20.186. Restoran ini dibuka dari 5.30 pagi hingg 4.00 petang setiap hari kecuali hari Selasa.


Kalau anda nak makan mee kolok, tapi tak nak menunggu lama, anda boleh la cuba mee kolok di Restoran Kopi 'O' Corner. Mee Koloknya sedap jugak dan tak jauh dari Restoran Mee kolok Haji Salleh. Selepas kenyang makan mee kolok, bolehlah membeli belah di Kompleks Kubah Ria.


Selamat mencuba!

Membeli Belah di Kompleks Kubah Ria, Kuching

Membeli belah di Kompeks Kubah Ria juga menjadi perkara wajib kepada setiap pelancong yang bercuti di Kuching selain daripada membeli belah di Pasar Serikin. Kompleks Kubah Ria ini terdiri daripada beberapa kompleks/kubah. Bukan satu kompleks ye. Kalau tak salah, ada lima kompleks. Kompleks pakaian, kompleks barangan basah, kompleks buah-buahan/sayur, kompleks medan selara dan lain-lain.


Saya yakin, kalau anda menyertai rombongan atau tour, mesti penganjur atau tour guide akan membawa anda ke sini. Malah kali pertama saya menjejak kaki ke sini, penduduk tempatan mengajak saya ke sini.




Tapi apa yang istimewa di sini??? Di sini adalah pusat penggumpulan hasil tani dan produk kampung dari sekitar Serawak. Apabila menjejakkan kaki di sini saya terbayang RTC Gopeng di Perak. Apa yang anda ingin beli, semuanya ada di sini. Contohnya seperti cenderahati Sarawak, ikan terebok masin,telur ikan terubuk masin, udang salai sesar, ikan lumek, buah kristal, kek lapis, juadah tempatan dan lain-lain. Kalau nak tahu lebih lanjut, datang sendiri yerk!






Kalau nak tahu, Kubah Ria adalah salah satu daripada landmark bagi Bandar Kuching. Ia terletak di Jalan Matang, di tepian Sungai Sarawak. Sebelum Kompleks Kubah Ria beroperasi pada 1 Januari 2013 jualan dijalankan di Medan Niaga Satok.


Kepada semua yang datang ke Kuching Serawak, jangan lupa membeli belah di Kompleks Kubah Ria, Kuching. Masa operasi perniagaan di Kubah Ria bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tapi, masa kemuncak untuk urus niaga adalah pada sebelah petang.







Ahad, 8 Jun 2014

Membeli Belah di Pasar Serikin



Membeli belah di Pasar Serikin adalah perkara wajib bagi pelancong yang ingin membeli tikar Sarawak sebagai tanda kenangan. Harga tikar Sarawak yang dijual di Pasar Serikin jauh lebih murah berbanding kedai-kedai di sekitar Kuching. Selain daripada tikar Sarawak, di sini dijual cerderamata Sarawak, kain pasang dan telekung dari Bandung,  kasut  dan beg kulit Indonesia, bantal kekabu, buah-buahan, kerepek, udang kering dan  hiasan dinding daripada kulit haiwan.Kain pasang corak batik Sarawak pun banyak di jual di sini.




Pasar Serikin ini terletak di Daerah Bau. Berada disempadan Malaysia-Kalimantan. Jarak perjalanan hanya  57 km atau sejam perjalanan dari bandar Kuching. Pasar ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Saya cadangkan agar anda pergi awal pagi kerana cuaca di sini panas terik. Kebanyakkan peniaga Pasar Serikin adalah warganegara Indonesia yang berasal daripada Pontianak. Urus niaga pula dijalankan secara tawar menawar.


Selepas membeli belah di Pasar Serikin, anda boleh beristirehat di Tasik Biru dan meneroka Gua Angin yang terletak berhampiran dengan Pasar Serikin.


Coklat Cadbury Halal

Alhamdulillah. Akhirnya coklat Cadbuary disahkan halal. Saya cukup risau jika benar khabar angin yang mengatakan terdapat DNA khinzir dalam Cadbury. Di sini saya kongsikan kenyataan media Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei tentang status halal coklat Cadbury.


Lepas ini tak perlu ragu-ragu beli Cadbury lagi. Yang penting, walaupun apapun produk makanan yang kita beli, mesti ada logo halal. Kalau produk itu keluaran tempatan, mesti ada logo Halal Jakim. Kalau tak ada logo halal JAKIM, jangan beli.

Mee Kolok di Kopi 'O' Corner



Jika anda pergi ke Kuching, salah satu kedai makan popular di sini adalah Restoran Kopi 'O' Corner. Di sini terdapat pelbagai jenis signature dish Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Mee Jawa. Nasi Lemak, Roti Canai dan Mee Mamak pun ada. Boleh dikatakan semua menu ada di sini. Restoran ini menyediakan makanan Halal, jadi tak perlu risau! Pemilik restoran ini adalah Datin Norlia Fadil.


Mee Kolok. Mee dan sup diasingkan dalam dua mangkuk berbeza.


Restoran ini mempunyai banyak cawangan, salah satunya di Jalan Satok. Lokasi restoran ini di corner lot tepi jejantas. Tak jauh sangat daripada Waterfront. Senang je nak cari. Servis bagus dan kedainya bersih. Interior dalaman style moden. Harga pun berpatutan.






Sabtu, 7 Jun 2014

Kepelbagaian Etnik di Kampung Budaya Sarawak

Orang kata, kalau melancong ke Sarawak, terutamanya di Kuching wajib singgah ke Kampung Budaya Sawarak. Di sini terdapat rumah-rumah tradisional etnik Sarawak seperti rumah Bidayuh, Iban, Melanau dan Penan. Di setiap rumah tradisional terdapat petugas yang menyambut para tetamu dalam pakaian tradisional. Kalau bertuah, kita dapat merasa juadah tradisional mereka.


Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong. Hanya 40 minit dari pusat bandar Kuching. Dalam perjalanan ke Kg Budaya ini, kita dijamu dengan pemandangan yang sangat indah, iaitu puncak Gunung Santubong dan Persisiran Pantai Damai.


Gunung Santubong

Pantai Damai

Kepada yang berminat untuk datang ke Sarawak Cultural Village, saya cadangkan pergi pada sebelah pagi sebab tidak panas. Kita perlu berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah tradisi. Kalau panas, boleh terbakar kulit. Masa yang diperlukan untuk melawat Kg Budaya adalah lebih kurang tiga jam. 1 jam setengah untuk meronda keseluruhan kawasan dan bakinya untuk menonton persembahan budaya di teater room yang disediakan.



Ini adalah kali ke-dua saya pergi ke Kg Budaya. Kali pertama pada tahun 2002. Saya dapati tak ada perbezaan pada Kampung Budaya walaupun sudah 12 tahun berlalu. Cuma di luar kawasan luar Kg Budaya telah dibangunkan satu bangunan kedai dan tempat berehat di tepi pantai Damai.


Bayaran masuk bagi dewasa
Penduduk tempatan: RM30.00
Pelancong: RM60.00

Disebabkan saya melawat Kg Budaya pada Hari Gawai,  tiket masuk untuk saya hanya RM20.00. Discount Hari Gawai (^__^)


Jumaat, 6 Jun 2014

CPUV Whisper Mesh & Cotton



Salam Jumaat.
Alhamdulillah. Buka Nuffnang tadi dan nampak ade CPUV baru.
Kali ini iklan dari Whisper Mesh & Cotton.
Terima kasih kepada semua yang sudi klik iklan CPUV ni.
Sambil-sambil tu, jom kita baca doa hari Jumaat,
semoga kita semua dimurahkan rezeki.

 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat
.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

Khamis, 5 Jun 2014

Semoga Berjaya!


Hari ni keluar result Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi,PSPM Semester II Sesi 2013/2014. Semoga semua pelajar batch pertama KMSw mendapat keputusan yang cemerlang.

Hari ini juga hari pertama sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semester pertama sesi 2014/2015. Semoga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk semua pelajar batch ke-2 KMSw.

Selasa, 3 Jun 2014

Pembahagian Markah Amali Kimia Matrikulasi



Semasa amali kimia, pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran manipulatif dan laporan amali.Penilaian amali menyumbangkan markah kepada Penilaian Berterusan. (Macam PBS di sekolah) Pembahagian markah adalah seperti berikut:


1. MANIPULATIVE SKILLS (50 MARKS)

• Planning out the experiment (jotter)
• Safety precautions
• Handling the chemicals and apparatus
• Recording observation(s)

Setiap pelajar wajib menyediakan sebuah jotter book (buku catatkan kecil). Kandungan dalam jotter book itu adalah nombor dan tajuk eksperimen,  prosedur dalam bentuk diagram, jadual keputusan, perbincangan dan sampel pengiraan. 


2. REPORT WRITING (50 MARKS)

i. Front cover
• Name, Matric number, Course code,  Experiment number, Title, Group members, Practica, Date, Lecturer

ii. Title
• As in the lab manual

iii. Objective
• Objective(s) of the experiment

iv. Introduction
• Facts, theories and ideas that relatrd to the experiment

v. Procedure
• Simplified procedures written in passive sentences

vi. Result
• Observation and data from the experiment

vii. Data Analysis
• Calculation/related diagram/graphs that are related to the data/result

viii. Discusscion
• Explanation that relates the findings to the theory or the objectives of the experiment

ix. Conclusion
• Statement(s) that answer the objective(s) of the experiment

x. Exercises

Review: Kandil di Kaki Gunung



Dah lama saya menenang buku ini. Akhirnya saya beli jugak. Saya beli buku ini di Tun Jugah Shopping Center, Kuching. Harganya, RM55.10 selepas discount 10%.


Buku ini adalah kompilasi tiga travelog tulisan Roza Roslan iaitu Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi. Baris kata-kata dalam travelog ini sangat santai dan membawa kita untuk mengimbas kembali zaman kanak-kanak dan remaja. Terdapat unsur-unsur islamik dalam travelog ini, menjadikan kita selalu insaf dan mengingati Allah. Apabila membaca buku ini, saya berangan-angan untuk menulis travelog saya sendiri. (^__^)





Isnin, 2 Jun 2014

CPUV Sanofi Lactacyd April 2014


Pelik pulak saya tengok Mr. Nuffnang ni. Dulu masa traffic tinggi, tak masuk pulak iklan CPUV. Sekarang ni, makin berkurang pengunjung, makin mengalir iklan CPUV. Terbaharu, iklan Sanofi Lactacyd. Saya siap google ape ke benda Sanofi Lactacyd ni. hehehe.


Agak-agakya, Mr Nuffnang memang suka letak iklan dalam personal+lifestyle blog. Sejak saya kemas kini survey, memang banyak peningkatan pada earning. Untuk makluman, saya sekarang ni dah jarang online, kalau online pun, singgah FB je.


Terkini, saya baru selesai menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Kolej Matrikulasi Sarawak. Sangat penat dan saya extra penat berbanding pensyarah-pensyarah lain sebab kena menjaga fasilitator dan rumah saya menjadi tempat kediaman fasi. Nanti saya update pasal MPPB ni.


Hari ni saya nak berehat di Boulevard Shopping Mall. Sambil-sambil tu, nak beli kasut baru dan barangan rumah di Daiso. Kemudian nak beli mesin basuh. Harap-harap ada potongan harga sempena cuti sekolah dan hari gawai.