Jumaat, 13 Jun 2014

Mee Kolok Sarawak Paling Best

Kalau datang Sarawak, anda wajib makan Mee Kolok. Orang cina panggil mee kolok ni sebagai mee tampua manakala orang Iban panggil sebagai mee rangkai. Ia merupakan menu sarapan pagi bagi orang Sarawak. Tapi, kalau di sekitar Kuching, mee kolok di jual tak kira pagi, petang atau malam.




Terdapat dua jenis mee kolok, mee kolok sup dan mee kolok goreng. Tapi yang popular adalah mee kolok sup. Rasa mee kolok sup ni berbeza dengan mee sup sebab ia menggunakan mee sanggul/yee mee. Cuba rasa, baru tahu!


Mee kolok yang paling sedap dan popular di Kuching adalah Mee Kolok Sepinang Sari, milik Hj Salleh. Anda semua wajib makan mee kolok ni. Kenapa??? kerana mee kolok ni yang paling sedap. Tak tipu ye! Yee mee dia special. Macam home made. Kuah sup pun special jugak. Tapi, masa menunggu sangat lama. Dekat sejam ye. Ramai sangat pelanggan, tapi pekerja dia sedikit dan kedainya agak sempit. Apabila mee kolok sampai, saya dah sangat lapar, jadi bertambah sedaplah mee kolok Haji Salleh ni.




Restoran Sepinang Sari Mee Sapi / Mee Kolok Haji Salleh terletak di Lot 206 G/F, Jalan Satok, Section 11, Kuching. Koordinat GPS adalah  N1 33.203 E110 20.186. Restoran ini dibuka dari 5.30 pagi hingg 4.00 petang setiap hari kecuali hari Selasa.


Kalau anda nak makan mee kolok, tapi tak nak menunggu lama, anda boleh la cuba mee kolok di Restoran Kopi 'O' Corner. Mee Koloknya sedap jugak dan tak jauh dari Restoran Mee kolok Haji Salleh. Selepas kenyang makan mee kolok, bolehlah membeli belah di Kompleks Kubah Ria.


Selamat mencuba!