Jumaat, 13 Jun 2014

Membeli Belah di Kompleks Kubah Ria, Kuching

Membeli belah di Kompeks Kubah Ria juga menjadi perkara wajib kepada setiap pelancong yang bercuti di Kuching selain daripada membeli belah di Pasar Serikin. Kompleks Kubah Ria ini terdiri daripada beberapa kompleks/kubah. Bukan satu kompleks ye. Kalau tak salah, ada lima kompleks. Kompleks pakaian, kompleks barangan basah, kompleks buah-buahan/sayur, kompleks medan selara dan lain-lain.


Saya yakin, kalau anda menyertai rombongan atau tour, mesti penganjur atau tour guide akan membawa anda ke sini. Malah kali pertama saya menjejak kaki ke sini, penduduk tempatan mengajak saya ke sini.




Tapi apa yang istimewa di sini??? Di sini adalah pusat penggumpulan hasil tani dan produk kampung dari sekitar Serawak. Apabila menjejakkan kaki di sini saya terbayang RTC Gopeng di Perak. Apa yang anda ingin beli, semuanya ada di sini. Contohnya seperti cenderahati Sarawak, ikan terebok masin,telur ikan terubuk masin, udang salai sesar, ikan lumek, buah kristal, kek lapis, juadah tempatan dan lain-lain. Kalau nak tahu lebih lanjut, datang sendiri yerk!






Kalau nak tahu, Kubah Ria adalah salah satu daripada landmark bagi Bandar Kuching. Ia terletak di Jalan Matang, di tepian Sungai Sarawak. Sebelum Kompleks Kubah Ria beroperasi pada 1 Januari 2013 jualan dijalankan di Medan Niaga Satok.


Kepada semua yang datang ke Kuching Serawak, jangan lupa membeli belah di Kompleks Kubah Ria, Kuching. Masa operasi perniagaan di Kubah Ria bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tapi, masa kemuncak untuk urus niaga adalah pada sebelah petang.