Ahad, 8 Jun 2014

Membeli Belah di Pasar Serikin



Membeli belah di Pasar Serikin adalah perkara wajib bagi pelancong yang ingin membeli tikar Sarawak sebagai tanda kenangan. Harga tikar Sarawak yang dijual di Pasar Serikin jauh lebih murah berbanding kedai-kedai di sekitar Kuching. Selain daripada tikar Sarawak, di sini dijual cerderamata Sarawak, kain pasang dan telekung dari Bandung,  kasut  dan beg kulit Indonesia, bantal kekabu, buah-buahan, kerepek, udang kering dan  hiasan dinding daripada kulit haiwan.Kain pasang corak batik Sarawak pun banyak di jual di sini.




Pasar Serikin ini terletak di Daerah Bau. Berada disempadan Malaysia-Kalimantan. Jarak perjalanan hanya  57 km atau sejam perjalanan dari bandar Kuching. Pasar ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Saya cadangkan agar anda pergi awal pagi kerana cuaca di sini panas terik. Kebanyakkan peniaga Pasar Serikin adalah warganegara Indonesia yang berasal daripada Pontianak. Urus niaga pula dijalankan secara tawar menawar.


Selepas membeli belah di Pasar Serikin, anda boleh beristirehat di Tasik Biru dan meneroka Gua Angin yang terletak berhampiran dengan Pasar Serikin.