Isnin, 16 Jun 2014

Meneroka Gua Angin, Kuching

Gua Angin ialah sebuah gua batu kapur yang terletak Pekan Bau, Kuching, Sarawak. Jika anda dari pusat bandar Kuching,  jarak perjalanan ke Gua Angin adalah 45 minit memandu. Selain Gua Angin, tempat tumpuan pelancong di Bau adalah Gua Pari-pari, Pasar Serikin dan Tasik Biru.




Pada zaman dahulu, gua ini didiami oleh manusia kerana terdapat aliran sungai di dalam gua ini. Malah terowong di dalam gua ini menjadi laluan angin keluar masuk. Sebab itulah nama gua ini Gua Angin. Di dalam gua ini terdapat pembentukkan stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang berusia lebih 60 juta tahun. Ada yang menyerupai bentuk kepala buaya dan rangka buaya.


Sebenarnya gua ini sangat panjang dan sangat gelap. Selain gelap, dalam gua ini banyak kelawar. Malah laluan dalam terowong adalah licin. Sebab tu la saya pilih exist dengan jarak terpendek. Walaupun paling pendek, tapi setengah jam jugak la. Sempat berpeluh.


Keluar daripada terowong gua, kena merentas hutan melalui titi yang disediakan. Baru la kita kembali ke tempat kita bermula. Jadi, dapat la cuci mata dengan memandang alam flora. Sesiapa yang teringin nak mandi sungai, boleh la mandi sungai yang ada berhampiran gua ini. Airnya cetek tapi agak deras. 


Tentu anda tertanya-tanya, apa yang menarik tentang Gua Angin berbanding dengan gua batu kapur yang lain kan. Saya rasa yang menariknya ialah laluan berangin dalam gua ini. Anda akan nampak satu pintu gerbang yang sangat besar apabila berjalan di dalam gua ini. Pintu gerbang inilah sumber angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.


Jadi apa lagi, jom kita pergi Gua Angin, Kuching, Sarawak.


Bayaran masuk: RM3.00 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak)
Sewa lampu suluh: RM3.00 sebuah


p/s: saya tak ada banyak gambar di Gua Angin, sebab dalam gua sangat gelap. Semua gambar yang saya snap, semuanya gelap.