Sabtu, 7 Jun 2014

Kepelbagaian Etnik di Kampung Budaya Sarawak

Orang kata, kalau melancong ke Sarawak, terutamanya di Kuching wajib singgah ke Kampung Budaya Sawarak. Di sini terdapat rumah-rumah tradisional etnik Sarawak seperti rumah Bidayuh, Iban, Melanau dan Penan. Di setiap rumah tradisional terdapat petugas yang menyambut para tetamu dalam pakaian tradisional. Kalau bertuah, kita dapat merasa juadah tradisional mereka.


Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong. Hanya 40 minit dari pusat bandar Kuching. Dalam perjalanan ke Kg Budaya ini, kita dijamu dengan pemandangan yang sangat indah, iaitu puncak Gunung Santubong dan Persisiran Pantai Damai.


Gunung Santubong

Pantai Damai

Kepada yang berminat untuk datang ke Sarawak Cultural Village, saya cadangkan pergi pada sebelah pagi sebab tidak panas. Kita perlu berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah tradisi. Kalau panas, boleh terbakar kulit. Masa yang diperlukan untuk melawat Kg Budaya adalah lebih kurang tiga jam. 1 jam setengah untuk meronda keseluruhan kawasan dan bakinya untuk menonton persembahan budaya di teater room yang disediakan.



Ini adalah kali ke-dua saya pergi ke Kg Budaya. Kali pertama pada tahun 2002. Saya dapati tak ada perbezaan pada Kampung Budaya walaupun sudah 12 tahun berlalu. Cuma di luar kawasan luar Kg Budaya telah dibangunkan satu bangunan kedai dan tempat berehat di tepi pantai Damai.


Bayaran masuk bagi dewasa
Penduduk tempatan: RM30.00
Pelancong: RM60.00

Disebabkan saya melawat Kg Budaya pada Hari Gawai,  tiket masuk untuk saya hanya RM20.00. Discount Hari Gawai (^__^)