Khamis, 17 Julai 2014

Bangga Jadi Anak Perak

Sejak akhir-akhir ini wall facebook saya dipenuhi dengan gambar rakan-rakan yang bergambar dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak samada di Bazar Ramadan ataupun di AEON Kinta City. Baginda bukan sahaja sanggup turun padang bersama keluarga baginda, tapi tak lokek melayan permintaan orang ramai untuk bergambar. Dah macam artis dengan peminat pulak.




Harap-harap nanti, bila saya balik kuale, dapat la bertembung dan dapat bergambar dengan Sultan Nazrin. Saya pun teringin nak ada gambar kenangan dengan Sultan Nazrin.


Saya bangga jadi anak Perak. Saya bangga Sultan Nazrin jadi Sultan Perak.