Khamis, 3 Julai 2014

Bayaran Zakat Fitrah 2014/1435H dan Masa Membayar Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia pada tahun 2014/ 1435H adalah seperti berikut:


Bayaran zakat fitrah ini telah ditetapkan oleh Majlis Agama negeri masing-masing. Bayaran zakat ini boleh dibayar kepada amil yang sah dilantik. Amil ini mempunyai kad kuasa dan resit rasmi dari Majlis Agama.  Anda boleh berjumpa dengan amil-amil ini di masjid, seperti selepas solat fardu atau terawih, kaunter zakat di bazaar Ramadan atau tempat-tempat tumpuan utama atau buat temujanji dengan amil tersebut.


Waktu mengeluarkan/ membanyar Zakat Fitrah adalah seperti berikut:

  1. Waktu Afdhal/Sunat - Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya
  2. Waktu Wajib - Selepas terbenam matahari malam Aidilfitri sehingga terbit matahari esoknya
  3. Waktu Harus - Sejak Awal Ramadhan
  4. Waktu Makruh - Selepas Sembahyang Sunat Hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal
  5. Waktu Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Membayar zakat adalah Rukun Islam ke-empat. Wajib bagi seorang Muslim yang cukup syarat untuk membayar zakat seperti zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.