Rabu, 2 Julai 2014

Ohh my Kereta!



Pejam celik, pejam celik dah lima bulan saya hidup tanpa kereta. Mula-mula cadang nak beli kereta baru di Sarawak. Kononnya Vios. Tapi saya tak puas hati dengan kerja salesman show room toyota yang incharge application saya. Dia cuma berjaya dapatkan bank loan dengan interest 2.57%. Lepas tu, boleh pulak dia cakap, kalau nak bank loan rendah, deal dengan bank sendiri. Kawan saya, yang nak beli Honda dapat bank loan 2.45%. 2.57% dan 2.45% itu banyak bezanya....


So sekarang, saya dah tak tau nak beli kereta baru or bawak kereta dari Kuala Kangsar. Laku ke waran korgo saya, sedangkan saya dah berada 5 bulan di Sarawak. Hmmm...Kadang-kadang rasa macam dan beli Viva je. Sekarang harga Viva Auto cuma 29 ribu je. Nak je saya bayar cash. Tak payah buat bank loan. Tapi mane nak dapat cash 29 ribu tu. Dari langit ke? korek bank akaun saya, memang sah tak cukup! Adui,  confiusnya saya!


Kalau la saya ada banyak duit, bukan setakat kereta saya beli, private jet or helly akan saya beli. Senang nak balik kuale. Saya rindu sangat dengan rumah saya. Teringin nak balik Kuale semasa weekend, tapi rasa macam buang masa je coz lame lagi masa perjalanan dari masa bersama mak bapak di rumah. So tunggu je la cuti hari raya nanti.