Sabtu, 5 Julai 2014

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2015/2016




Kepada pelajar Tingkatan 5 tahun 2014, anda dipelawa untuk memohon untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016 selepas tamat tingkatan 5.


CARA PERMOHONAN
Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.


TARIKH TUTUP
Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2014.

Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


SEMAKAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2015 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan.


SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN
Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.


RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.


Sebarang maklumat lanjut sila layari laman sesawang ramsi Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm