Sabtu, 5 Julai 2014

Skim Latihan 1 Malaysia Tabung Haji



Tabung Haji mempelawa siswazah-siswazah yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjalani Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) TH. bagi ambilan 2014. Bagi sesiapa yang berminat dan layak, sila hadir ke sesi temuduga yang bermula pada 7-17 Julai 2014.


Matlamat utama SL1M TH adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran (employability) graduan bagi mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan komprehensif kepada graduan yang belum bekerja, yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.


SYARAT KELAYAKAN
  1. Graduan Warganegara Malaysia Beragama Islam;
  2. Belum mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat atau graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan;
  3. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf dengan purata minima PNGK (CGPA) 2.5 ke atas;
  4. Menguasai Fardhu Ain dan boleh membaca Al-Quran dengan baik;
  5. Belum pernah mengikuti mana-mana Program Skim Latihan 1 Malaysia.
  6. Keutamaan kepada graduan dalam bidang pengajian berikut:
    • Pengajian Islam 
    • Teknologi Maklumat
    • Kewangan
    • Perakaunan
    • Ekonomi
    • Sumber Manusia
    • Multimedia
    • Penerbitan
    • Pengajian Perniagaan
    • Kaunseling/Psikologi
    • Perhubungan Awam
    • Pengurusan/Pentadbiran
    • Hartanah
    • Komunikasi
    • Perbankan Islam
    • Perundangan
    • Insurans

PERLAKSANAAN PROGRAM

Pelatih SL1M TH akan menjalani latihan di TH sehingga 1 tahun dan akan diberi elaun latihan sebanyak RM1,500.00 sebulan serta perlindungan takaful sepanjang tempoh latihan.


CARA MEMOHON

Graduan yang layak dan berminat dijemput hadir ke sesi temuduga terbuka di lokasi dan tarikh berikut ;

IBU PEJABAT TH, JALAN TUN RAZAK,
KUALA LUMPUR
7 JULAI 2014 (8 PG – 2 PTG)


TH HOTEL & CONVENTION CENTRE,
ALOR STAR, KEDAH
10 JULAI 2014 (8 PG – 2 PTG)


TH HOTEL & CONVENTION CENTRE,
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
14 JULAI 2014 (8 PG – 2 PTG)


TH NEGERI JOHOR
17 JULAI 2014 (8 PG – 2 PTG)


Bagi calon yang berada di Sabah dan Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume ke alamat berikut;


Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti
Lantai 26, Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


Sila hadir dengan membawa dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut;
  1. Transkrip peperiksaan akhir
  2. Resume
  3. Kad Pengenalan
  4. Sijil Pelajaran Malaysia
  5. 2 Keping gambar berukuran pasport



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
Tabung Haji Contact Center (THCC) 03-62071919
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/sl1m