Ahad, 20 Julai 2014

Teh Oolong Menguruskan Badan



Teh Oolong @ teh woolong adalah sejenis teh tradisional cina. Teh ini diimport dari negara China atau Taiwan. Sejak-sejak akhir ini, teh ini sering dikaitkan dengan keupayaan meningkatkan metebolisma dan mengguruskan badan kerana mempunyai polifenol dan antioksidan. Teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', suatu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak.

“Wanita yang minum teh oolong dua cangkir sehari meningkatkan metabolisme mereka sekira 157% melebihi wanita yang minum teh hijau dalam jumlah yang sama,” kata Bailey dalam Journal of Medical Investigation. Sumber

Bagaimana menyediakan Teh Oolong?
Seperti kebanyakkan teh dipasaran, Teh Oolong dijual dalam bentuk daun kering atau tea-bag. Bagi mendapatkan khasiat yang lebih banyak, pilihlah yang Teh Oolong dalam bentuk daun kering. Rendamkan teh oolong dalam air panas seperti menyediakan teh biasa. Tapi jangan campurkan dengan gula atau susu. Kalau nak kesan kurus yang lebih efektif, campur perahan limau nipis atau lemon dalam air rendaman teh oolong.

Teh oolong mempunyai rasa yang plain, seperti air kosong. Rasa teh ini bukan seperti teh hijau atau teh hitam. Kalau ditambah dengan perahan limau, rasanya lagi sedap.



Bila nak minum Teh Oolong?
Bila-bila pun boleh. Tapi kalau nak kesan kurus lebih efektif, minum teh oolong sebelum makan, 4-5 kali sehari.


Apakah perbezaan Teh Oolong dengan teh hitam dan teh hijau?
Daun dari pokok teh, Camellia sinensis diproses melalui tiga cara berbeza untuk menghasilkan tiga kelas utama teh iaitu teh hitam, teh hijau, dan teh wulong/oolong. Kira-kira 75% daripada teh yang dihasilkan di seluruh dunia berwarna hitam, 23% adalah hijau dan 2% adalah teh wulong/oolong. Perbezaan teh ini berdasarkan kaedah penampaian daun teh tersebut.
  • Teh hitam adalah daun teh yang mengalami proses penampaian lengkap.
  • Teh hijau adalah daun teh yang tidak mengalami proses penampaian.
  • Teh oolong adalah dau teh yang mengalami proses penampaian separa.

Sumber:
http://www.glycemicgourmet.com/wu-long-tea.html


p/s: Jom kita minum teh oolong!