Ahad, 31 Ogos 2014

Setahun Bersama cikguzamrud.com


Aku bukan seorang yang suka bercerita mengenai diri sendiri, apatah lagi tentang orang lain. Aku menulis bukan kerana aku suka bermain kata mahupun bijak berpuitis. Aku hanya inginkan suatu penjuru untuk meluahkan perasaan, berkongsi cerita dan melepaskan penat lelah.


Di blog ini, aku menjadi diri aku sendiri. Aku tidak pernah bersketsa di sini. Di sini aku jujur. Aku tidak peduli dengan pengintai disekeliling aku. Tapi aku amat hargai rakan-rakan yang menziarahi aku di sini.


Alhamdulillah, sudah setahun aku bersama cikguzamrud.com. Aku bahagia kerana blog ini masih lagi bernafas bersama aku. Aku harap blog ini akan terus bernafas bersama aku. Beriringan untuk terus memberikan motivasi kepada aku untuk meneruskan karier aku.


Aku hanya seorang cikgu biasa, yang comey dan ringkas. Blog aku, blog biasa yang comey dan ringkas seperti aku.


Terima kasih kerana ada kamu semua yang menemani aku di sini. Hari ini hari merdeka. Hari ini juga ulang tahun cikguzamrud.com




Segmen BlogWalking bersama RedBellas

http://faridaredbellas.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-bersama-redbellas.html 

 Assalamualaikum
Jom blogwalking ke blog redbellas. blog baru ni.



SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER

http://busyratakiyudin.blogspot.com/2014/08/segmen-bt-bloglist-september.html 


Jom sertai SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER. Syarat senang saja:
1. follow blog busyratakiyudin
2. like page busyratakiyudin
3. buat entri dan backlink kan pada entri ini
4. letak banner ni pada entri korang.
5. tinggalkan url entri korang kat komen ye.


Tarikh tutup untuk sertai segmen ini 3 september 2014.

Rabu, 27 Ogos 2014

Gastrik dan Mee Segera

Tengah malam tadi, lebih kurang jam 12.00 pagi ada seorang pelajar datang rumah, minta ubat gastrik. Dia gastrik sebab tak sempat makan. Bayangkan sepanjang hari dari pagi hingga ke malam, dia hanya makan sebiji buah sahaja. Dia tak makan tengah hari, kononnya kenyang. Apabila petang tak sempat nak makan sebab ada latihan KAKOM dan sebelah malam ada kelas tambahan.


Apabila dia sedar perut kosang, dan dah ada tanda-tanda gastrik, dia makan mee segera. Adui! lagi teruk la gastrik dia tu. Apabila perut dah berasid, makan maggi yang berasid jugak. Bertambah la sakit perut dia tu. Perut sakit semasa gastrik sebab jus gastrik yang berasid menghakis permukaan dinding perut.




Sepatutnya saya kena bawa dia pergi hospital, supaya dia dapat makan ubat gastrik yang diberikan daripada doktor bertauliah. Tapi hospital sangat jauh dari kolej, dan biasanya bilik kecemasan, ER sibuk dengan kes-kes yang lebih serius. Berejam nak tunggu giliran jumpa doktor. Jadi, ape lagi, saya suruh je la dia minta ubat gastrik dari kawan dia. Saya tak ada stok ubat gastrik.


Tapi sebelum dia makan ubat gastrik tu, sempat la saya brain wash dia, tentang do's and dont's jika gastrik. Walaupun saya pun tak berapa pasti sebab saya jarang kena gastrik. Kali pertama dan terakhir saya kena gastrik zaman sekolah dulu. Sakit sangat.




WW: Quran, Sunnah, Prayer and Silence


Selasa, 26 Ogos 2014

HRMIS Kena Blok

 Di KMSw, cuti rehat khas, CRK perlu dimohon melalui Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia, HRIMS. Saya bercadang nak minta cuti rehat khas bulan sembilan nanti. Tapi saya dah lupa password HRIMS. Nak rujuk buku catatan, saya malas. Jadi, saya cuba jaya je la. Tiga kali saya cuba, tapi tetap salah. Kesannya HRMIS saya ke BLOK. Padan muka.




Sekarang ni, leceh la pulak, kena hubungi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat untuk reset password baru.


Ahad, 24 Ogos 2014

PERMOHONAN BIASISWA JPA UNTUK DIPLOMA DAN IJAZAH DALAM NEGERI


Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf GLC (Government Link Companies) dalam negara bagi sesi 2014/ 2015 dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan September 2014.


Tawaran biasiswa ini juga akan di iklan secara ringkas dalam akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah pada hari Sabtu dan Ahad pertengahan bulan September 2014.


Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my semasa permohonan dibuka.

Perbezaan Antara Segmen Blogwalking, Blog Giveaway dan Blog Kontest

Menjalankan dan menyertai segmen adalah antara aktiviti yang sering dilakukan oleh blogger selain daripada menulis entri baharu. Contohnya Segmen Rakan Blogger Cikguzamrud yang pernah saya jalankan pada tahun lepas. Daripada pemerhatian saya, segmen-segmen ini boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu Segmen Blogwalking, Segmen Blog Giveaway,  Segmen Blog Kontest dan  Segmen Blog Loteri.


Segmen Blogwalking

Segmen ini tak memerlukan peserta untuk like banyak link. Biasanya peserta cuma perlu follow blog, follow +G dan like FB penganjur sahaja.

Tujuan segmen ini untuk meningkatkan pageviewer pengganjur dan juga peserta serta mengeratkan hubungan persaudaaran sesama blogger.


Segmen Giveaway

Segmen ini memerlukan peserta untuk like, follow dan klik banyak link. Semakin banyak penaja untuk segmen tersebut, maka semakin banyak tugasan like, follow dan klik yang perlu peserta lakukan. Biasanya pemenang tentukan dengan menggunakan random.com tapi terdapat juga blogger yang menggunakan kaedah lain yang lebih sesuai dengan tujuan giveaway mereka.


Segmen ini diadakan untuk memperkenalkan sesuatu produk atau sesuatu perniagaan. Terdapat juga blogger baru yang membuat segmen ini untuk memperkenalkan blog mereka. Selain itu, segmen ini juga merapatkan ukhwah antara blogger dan meningkatkan trafik blog pengganjur dan peserta.

Segmen Kontest

Peserta perlu melakukan tugasan tertentu seperti menulis entri, membuat review dan berkongsi gambar. Pemenang akan dipilih berdasarkan merit atau rubrik yang ditetapkan oleh pangganjur.


Tujuan segmen ini adalah untuk mengguji kemahiran blogger/peserta dalam sesuatu bidang selain daripada salah satu teknik pemasaran sesuatu produk ataupun program.



Terdapat satu lagi segmen iaitu segmen Loteri tetapi segmen ini tidak popular dikalangan blogger Malaysia kerana loteri adalah sejenis perjudian, dan ia haram disisi agama. Peserta segmen loteri perlu membuat pembayaran kepada penganjur. Penganjur pula perlu memastikan segmen loteri tidak menyalahi undang-undang.


Kebanyakkan blogger lebih suka menjalankan Segmen Giveaway. Tetapi saya secara peribadi lebih suka menyertai segmen Blogwalking kerana tidak perlu klik banyak link. Walaupun tiada ganjaran dalam bentuk hadiah, sedikit sebanyak ia meningkatkan pageviewer dan merapatkan siraturahim antara blogger.





Dhiya's First Giveaway

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2014/08/dhiyas-first-giveaway.html 


Jom sertai  Dhiya's First Giveaway 


1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 


Saya harap sy akan jadi peserta bertuah yang memenang cenderahati dr korea tu.

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang-by.html


Jom sertai GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.
Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan

http://hanyadihatiku.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-bulan-kemerdekaan.html


Sempena bulan kemerdekaan
jom kita sertai Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan
Segmen ini akan tamat pada 31 Ogos 2014.

Rabu, 20 Ogos 2014

Petang Dahulu Petang Sekarang

Dulu setiap petang, 
kalau saya tak pergi ke sekolah,
saya minum teh dengan mak dan bapak,
kami minum teh dengan sukun goreng.
Selalunya bapak akan kait buah sukun, kupas dan potong buah sukun.
 Mak akan bancuh tepung dan potong buah sukun kepada kepingan lebih kecil.
Kemudian saya akan goreng buah sukun tuu.
Kalau buah sukun tak ada, saya akan goreng keropok.
Ataupun kami makan biskut tiger cicah dengan teh panas.



Kalau saya balik sekolah lewat,
saya akan singgah Lembah,
di situ ada jual popia basah yang sangat sedap.
Cucur goreng pun ranggup.

 
Kalau hari Jumaaat, 
petang petang macam ni,
saya singgah Pasar Jumaat,
beli yong tau fu atau murtabak.
Nasi kerabu dan laksam kegemaran saya pun ada.


Selepas minum petang,
saya tolong bapak gardening.
Selalunya trim pokok bunga raya dan pokok bunga kertas,
Selepas itu, bagi kucing makan.
Dan kemudian tutup tingkap rumah.
Pukul 7 tengok drama melayu di TV3.


Tapi sekarang, 
dah tak ada tea time,
dah tak ada gardening
tapi saya masih lagi tengok TV3 kul 7.


Petang-petang sekarang,
Saya lebih suka balik kerja lewat,
Saya lewat bukan sebab buat kerja tapi baca blog orang,
Blog sendiri kekeringan idea nak tulis entri.


Sekarang ni, kalau saya balik awal, 
saya akan tidur petang.
Kadang-kadang saya sertai pelajar riadah petang.
Tapi selalunya saya pantau je pelajar main.
Nak main dengan pelajar segan,
sebab semua sukan saya tak reti.


Tujuan saya datang ke sini
masih lagi tak tercapai.
Kadang-kadang saya rasa macam tak akan tercapai
Mulalah terselit rasa menyesal.
Tapi bila difikirkan semula,
saya berada di sini kerana Allah
pasti ada kebaikkan yang saya tak nampak.

Semoga esok dan hari seterusnya akan menjadi lebih baik.
Saya di sini kerana Allah.
Semoga hajat saya tercapai.



Baca seterusnya: Sabtu Ahad dahulu, Sabtu Ahad Sekarang

WW: Rutin Belajar Cemerlang


Selasa, 19 Ogos 2014

Sekadar Menegur

Adui, masalah betul budak-budak ni. Saya sekadar menegur je. Bukannya marah. Tapi mereka kata saya marah. Kalau saya marah, tak tahu la apa pulak istilah yang mereka bagi....mengamuk la kot.



Jumaat, 15 Ogos 2014

LAGU TEMA MERDEKA 2014: 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'


Tajuk lagu tema Hari Kemerdekaan Tahun 2014 ialah 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Tajuk lagu tema ini adalah berdasarkan salah satu lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad, iaitu 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.




Lirik lagu tema hari merdeka:

'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'



Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya


Khamis, 14 Ogos 2014

CADANGAN BAJET 2015 I https://najibrazak.com/bajet2015/

Ingin menyumbangkan idea untuk Bajet 2015? Perdana Menteri, Dato' Seri Najib telah menyediakan suatu laman web untuk kita memberikan cadangan untuk Budjet 2015. Cadangan boleh diberikan dalam 16 kategori/subtopik.




Lamam web ini mula beroperasi sejak 11 Ogos 2014 yang lalu. Sebelum memberi cadangan, pelayar web perlu daftar masuk dahulu. Daftar masuk boleh menggunakan akaun facebook atau sign up laman web bajet 2015.

Kepada rakan-rakan dan semua penggunjung blog ni, saya ingin menjemput anda untuk 'like' cadangan mewujudkan satu skim langganan capaian internet khas untuk guru. Cadangan ini ditulis di laman web #Bajet2015, kategori education/pendidikan.




Ujian Pertengahan Semester 1 2014/15

Minggu ni pelajar kolej matrikulasi KPM, termasuklah  KMSw sedang menduduki Ujian Pertengahan Semester 1, UPS 1 Sesi 2014/15. Semua pensyarah dilantik menjadi Pengawas Peperiksaan. Kami memerlukan ramai pengawas peperiksaan sebab KMSw cuma menumpang, tak ada dewan sendiri. Pelajar menjawab di dewan kuliah, bilik tutorial dan makmal. Kesian tak? Sakit pinggang pelajar-pelajar yang terpaksa menjawab di makmal kimia dan makmal fizik tu. Dewan SMT, tempat kami menumpang ada program yang menggunakan dewan, sebab tu la kami tak dapat menggunakan dewan SMT.




Keputusan UPS menyumbangkan 10% kepada markah keseluruhan Pentaksiran Berterusan, PB. Soalan UPS dan skema pemarkahan disediakan oleh Bahagian Matrikulasi, KPM. Skrip jawapan pelajar disemak secara dalaman, tetapi cross check. Maksudnya setiap pensyarah tidak akan menyemak skrip jawapan kelas sendiri. Terdapat mensyuarat penyelarasan sebelum penyarah-pensyarah mula menyemak. Pendek kata, cara penyemakkan seperti peperiksaan utama, cuma dibuat secara dalaman.


Bagi subjek kimia, ujian sudah dijalankan pada hari Selasa yang lalu. Sekarang masa untuk menyemak skrip jawapan. Semoga calon UPS mendapat keputusan yang cemerlang.

Rabu, 6 Ogos 2014

Tiket Air Asia RM10.00

Berpegang kepada kata pepatah "if you dont do it now, you might not do it forever", maka saya dengan bangganya telah membazir RM10.00 untuk membeli printed ticket Air-Asia.




Motif saya beli tiket ni sebenarnya sebab nak tangkap gambar, kemudian masuk dalam blog sebagai kenangan. Sebab ini kali pertama saya balik beraya dari perantauan. Dan saya balik tak menggunakan waran kerajaan. Terpaksa beli sendiri sebab tempoh perkhidmatan di Sarawak kurang daripada 6 bulan.


WW: Sokongan Belgium Terhadap Gaza


In solidarity with #Gaza
Belgium painted Palestine flag on trains


Cermin Mata Gergasi


Dah lama saya tak buat cermin mata, kali terakhir tahun 2008. Masalah mata saya bukan rabun jauh, tapi silau. Kalau tak pakai cermin mata pun saya tetap nampak. Tapi kalau tengok paparan power point pada layar lama-lama, boleh sakit kepala. Jadi, saya akan pakai bila pergi kursus atau meeting. Kalau hari-hari biasa, jangan harap saya akan pakai cermin mata sebab saya sangat tak selesa pakai spec. Terasa ada benda tersangkut pada hidung saya ni.


Sejak akhir-akhir ni, saya rasa macam mata saya cepat penat. Jadi bila balik Kuale semasa hari raya baru-baru ni, saya singgah la kedai mata. Bila check, power silau mata kiri saya dah meningkat, dari 150 kepada 225. Mata kanan saya pulak dari 125 kepada 175. Bising la org kedai tu suruh pakai cermin mata. Bacaan maksimum untuk silau adalah 600. Kalau rabun jauh, bacaan maksimum 2000+.


Sesi mencari bingkai mata, penuh dramatik. Org kedai tu pandai cekik darah. Dia tunjuk bingkai cermin mata RM500+ je. Semua design inspired by Ray Ban. Dan semuanya cermin mata gergasi. Jadi akhirnya saya terpengaruh dengan pujukkan dia....pandai betul dia bermain dengan psikologi.


Bila saya balik ke kolej, salah seorang collague kata, saya pakai cermin mata nampak tua... Sakitnya hati saya. Macam kena cincang hancur. menangis dalam hati. :(


Betul ke saya nampak tua pakai cermin mata gergasi ni?