Rabu, 6 Ogos 2014

Cermin Mata Gergasi


Dah lama saya tak buat cermin mata, kali terakhir tahun 2008. Masalah mata saya bukan rabun jauh, tapi silau. Kalau tak pakai cermin mata pun saya tetap nampak. Tapi kalau tengok paparan power point pada layar lama-lama, boleh sakit kepala. Jadi, saya akan pakai bila pergi kursus atau meeting. Kalau hari-hari biasa, jangan harap saya akan pakai cermin mata sebab saya sangat tak selesa pakai spec. Terasa ada benda tersangkut pada hidung saya ni.


Sejak akhir-akhir ni, saya rasa macam mata saya cepat penat. Jadi bila balik Kuale semasa hari raya baru-baru ni, saya singgah la kedai mata. Bila check, power silau mata kiri saya dah meningkat, dari 150 kepada 225. Mata kanan saya pulak dari 125 kepada 175. Bising la org kedai tu suruh pakai cermin mata. Bacaan maksimum untuk silau adalah 600. Kalau rabun jauh, bacaan maksimum 2000+.


Sesi mencari bingkai mata, penuh dramatik. Org kedai tu pandai cekik darah. Dia tunjuk bingkai cermin mata RM500+ je. Semua design inspired by Ray Ban. Dan semuanya cermin mata gergasi. Jadi akhirnya saya terpengaruh dengan pujukkan dia....pandai betul dia bermain dengan psikologi.


Bila saya balik ke kolej, salah seorang collague kata, saya pakai cermin mata nampak tua... Sakitnya hati saya. Macam kena cincang hancur. menangis dalam hati. :(


Betul ke saya nampak tua pakai cermin mata gergasi ni?