Rabu, 27 Ogos 2014

Gastrik dan Mee Segera

Tengah malam tadi, lebih kurang jam 12.00 pagi ada seorang pelajar datang rumah, minta ubat gastrik. Dia gastrik sebab tak sempat makan. Bayangkan sepanjang hari dari pagi hingga ke malam, dia hanya makan sebiji buah sahaja. Dia tak makan tengah hari, kononnya kenyang. Apabila petang tak sempat nak makan sebab ada latihan KAKOM dan sebelah malam ada kelas tambahan.


Apabila dia sedar perut kosang, dan dah ada tanda-tanda gastrik, dia makan mee segera. Adui! lagi teruk la gastrik dia tu. Apabila perut dah berasid, makan maggi yang berasid jugak. Bertambah la sakit perut dia tu. Perut sakit semasa gastrik sebab jus gastrik yang berasid menghakis permukaan dinding perut.




Sepatutnya saya kena bawa dia pergi hospital, supaya dia dapat makan ubat gastrik yang diberikan daripada doktor bertauliah. Tapi hospital sangat jauh dari kolej, dan biasanya bilik kecemasan, ER sibuk dengan kes-kes yang lebih serius. Berejam nak tunggu giliran jumpa doktor. Jadi, ape lagi, saya suruh je la dia minta ubat gastrik dari kawan dia. Saya tak ada stok ubat gastrik.


Tapi sebelum dia makan ubat gastrik tu, sempat la saya brain wash dia, tentang do's and dont's jika gastrik. Walaupun saya pun tak berapa pasti sebab saya jarang kena gastrik. Kali pertama dan terakhir saya kena gastrik zaman sekolah dulu. Sakit sangat.