Jumaat, 15 Ogos 2014

LAGU TEMA MERDEKA 2014: 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'


Tajuk lagu tema Hari Kemerdekaan Tahun 2014 ialah 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Tajuk lagu tema ini adalah berdasarkan salah satu lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad, iaitu 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.




Lirik lagu tema hari merdeka:

'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'



Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya