Ahad, 24 Ogos 2014

Perbezaan Antara Segmen Blogwalking, Blog Giveaway dan Blog Kontest

Menjalankan dan menyertai segmen adalah antara aktiviti yang sering dilakukan oleh blogger selain daripada menulis entri baharu. Contohnya Segmen Rakan Blogger Cikguzamrud yang pernah saya jalankan pada tahun lepas. Daripada pemerhatian saya, segmen-segmen ini boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu Segmen Blogwalking, Segmen Blog Giveaway,  Segmen Blog Kontest dan  Segmen Blog Loteri.


Segmen Blogwalking

Segmen ini tak memerlukan peserta untuk like banyak link. Biasanya peserta cuma perlu follow blog, follow +G dan like FB penganjur sahaja.

Tujuan segmen ini untuk meningkatkan pageviewer pengganjur dan juga peserta serta mengeratkan hubungan persaudaaran sesama blogger.


Segmen Giveaway

Segmen ini memerlukan peserta untuk like, follow dan klik banyak link. Semakin banyak penaja untuk segmen tersebut, maka semakin banyak tugasan like, follow dan klik yang perlu peserta lakukan. Biasanya pemenang tentukan dengan menggunakan random.com tapi terdapat juga blogger yang menggunakan kaedah lain yang lebih sesuai dengan tujuan giveaway mereka.


Segmen ini diadakan untuk memperkenalkan sesuatu produk atau sesuatu perniagaan. Terdapat juga blogger baru yang membuat segmen ini untuk memperkenalkan blog mereka. Selain itu, segmen ini juga merapatkan ukhwah antara blogger dan meningkatkan trafik blog pengganjur dan peserta.

Segmen Kontest

Peserta perlu melakukan tugasan tertentu seperti menulis entri, membuat review dan berkongsi gambar. Pemenang akan dipilih berdasarkan merit atau rubrik yang ditetapkan oleh pangganjur.


Tujuan segmen ini adalah untuk mengguji kemahiran blogger/peserta dalam sesuatu bidang selain daripada salah satu teknik pemasaran sesuatu produk ataupun program.



Terdapat satu lagi segmen iaitu segmen Loteri tetapi segmen ini tidak popular dikalangan blogger Malaysia kerana loteri adalah sejenis perjudian, dan ia haram disisi agama. Peserta segmen loteri perlu membuat pembayaran kepada penganjur. Penganjur pula perlu memastikan segmen loteri tidak menyalahi undang-undang.


Kebanyakkan blogger lebih suka menjalankan Segmen Giveaway. Tetapi saya secara peribadi lebih suka menyertai segmen Blogwalking kerana tidak perlu klik banyak link. Walaupun tiada ganjaran dalam bentuk hadiah, sedikit sebanyak ia meningkatkan pageviewer dan merapatkan siraturahim antara blogger.