Rabu, 6 Ogos 2014

Tiket Air Asia RM10.00

Berpegang kepada kata pepatah "if you dont do it now, you might not do it forever", maka saya dengan bangganya telah membazir RM10.00 untuk membeli printed ticket Air-Asia.




Motif saya beli tiket ni sebenarnya sebab nak tangkap gambar, kemudian masuk dalam blog sebagai kenangan. Sebab ini kali pertama saya balik beraya dari perantauan. Dan saya balik tak menggunakan waran kerajaan. Terpaksa beli sendiri sebab tempoh perkhidmatan di Sarawak kurang daripada 6 bulan.