Khamis, 14 Ogos 2014

Ujian Pertengahan Semester 1 2014/15

Minggu ni pelajar kolej matrikulasi KPM, termasuklah  KMSw sedang menduduki Ujian Pertengahan Semester 1, UPS 1 Sesi 2014/15. Semua pensyarah dilantik menjadi Pengawas Peperiksaan. Kami memerlukan ramai pengawas peperiksaan sebab KMSw cuma menumpang, tak ada dewan sendiri. Pelajar menjawab di dewan kuliah, bilik tutorial dan makmal. Kesian tak? Sakit pinggang pelajar-pelajar yang terpaksa menjawab di makmal kimia dan makmal fizik tu. Dewan SMT, tempat kami menumpang ada program yang menggunakan dewan, sebab tu la kami tak dapat menggunakan dewan SMT.




Keputusan UPS menyumbangkan 10% kepada markah keseluruhan Pentaksiran Berterusan, PB. Soalan UPS dan skema pemarkahan disediakan oleh Bahagian Matrikulasi, KPM. Skrip jawapan pelajar disemak secara dalaman, tetapi cross check. Maksudnya setiap pensyarah tidak akan menyemak skrip jawapan kelas sendiri. Terdapat mensyuarat penyelarasan sebelum penyarah-pensyarah mula menyemak. Pendek kata, cara penyemakkan seperti peperiksaan utama, cuma dibuat secara dalaman.


Bagi subjek kimia, ujian sudah dijalankan pada hari Selasa yang lalu. Sekarang masa untuk menyemak skrip jawapan. Semoga calon UPS mendapat keputusan yang cemerlang.