Khamis, 30 Oktober 2014

Enam Bulan Telah Berlalu: Bahagian 4

Dalam perjalanan ke sesuatu destinasi, 
kita terpaksa belok ke kiri dan ke kanan, 
berundur dan membuat pusingan bulatan 
Kadang-kadang terpaksa membuat pusingan U. 

Apabila tiba ke destinasi itu, 
mungkin kita berada sebentar 
dan kadang-kadang kita di situ lebih lama.

Keberadaan saya di sini 
seperti seorang musafir yang singgah di R&R 
untuk ke destinasi seterusnya. 
Doakan perjalanan hidup saya lancar
dan jauh daripada musibah.

Merawat Hati Luka



Bukan aspirin yang dicari,
atau steriod yang dibeli,
ubot hati terluka,
selawat dan zikirollah.
Hati terluka makin parah,
solat dan mengadu pada Allah
 
 

Ahad, 26 Oktober 2014

Enam Bulan Telah Berlalu: Bahagian 3

Saya berhasrat nak melepaskan tugas saya sebagai felo. Saya dah jumpa Pengarah Kolej. Dia minta saya tulis surat rasmi tapi dia tak janji untuk meluluskan pemohonan saya untuk meletakkan jawatan sebagai felo. Maksudnya, terdapat kebarangkalian pemohonan saya ditolak.


Enam bulan lebih menjadi felo, saya sebenarnya tak ada masalah untuk menjaga pelajar di asrama, memantau aktiviti mereka pada sebelah petang dan malam dan menghantar mereka ke hospital jika terdapat kes kecemasan. Penat, memang penat, sebab terpaksa kerja siang dan malam. Tapi sokongan pelajar dan rakan felo sangat bagus. Pelajar-pelajar tak pernah menimbulkan masalah, dan rakan felo sentiasa memberi tunjuk ajar.


Tapi, saya tak nak jadi felo dah. Sebab ia menjadi halangan untuk saya balik ke semenanjung. Hmm, dulu semasa saya terima permintaan Pengarah untuk jadi felo, saya tak fikir ia sesuatu yang menyusahkan saya untuk membantu pihak pengurusan menguruskan pelajar di asrama. Tapi apabila tugas felo menjadi halangan untuk saya pulang ke semenanjung semasa hujung minggu dan cuti semester, saya nekad, tak nak jadi felo.


Khamis, 16 Oktober 2014

Tahap Minumum MUET Mulai 2015

Tahap Minumum MUET bagi kemasukkan pelajar ke IPTA dan pensiswazahan telah ditingkatkan berdasarkan Pembentangan Bajet 2015 yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.




Berikut adalah tahap minumum MUET


(i) Bagi kemasukan ke IPTA:

Pengajian Sastera dan Sains Sosial Band 2
Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM Band 3
Pengajian Undang-undang & Perubatan Band 4

(ii) Bagi syarat bergraduan dari IPTA:

Pengajian Sastera dan Sains Sosial Band 3
Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM Band 4
Pengajian Undang-undang & Perubatan Band 5

Untuk pengetahuan umum, sebelum tahun 2015, syarat minimum untuk kemasukkan ke IPTA adalah Band 1.



Ahad, 12 Oktober 2014

Enam Bulan Telah Berlalu: Bahagian 2

Maaf,  jiwa saya masih tak serasi di sini. Tapi, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dah datang ke sini, saya tetapkan hati untuk berada di sini sekurang kurangnya setahun. Setahun je, tak nak lama-lama.

Saya bercadang nak ini borang tukar, berpindah ke kolej matrikulasi lain. Tapi kebarangkalian pemohonan tukar saya sukar diluluskan. Kononnya kena berada di kolej ini sekurang-kurangnya tiga tahun.

Jadi, kalau permohonan tak diterima, saya rela ambil cuti untuk belajar sepenuh masa. Sambung buat master. Seorang rakan guru, dia sedang cuti belajar sebab bosan dengan pemohonan tukar yang tak pernah berjaya. Mungkin saya akan ikut jejak dia.

Kalau saya ada master, boleh mohon jadi pegawai/pensyarah di Institut Aminuddin Baki. Yupp, saya teringin nak kerja di sana. Saya dah pernah mengajar di sekolah asrama penuh, sekolah harian primer dan sekarang kolej matrikulasi. Seterusnya saya target IAB :)