Ahad, 30 November 2014

Ingat Tak Lagi Azam 2014?

Mengakhiri tahun 2014, saya semakin redha azam saya tak akan tercapai. Dulu, saya berangan-angan nak kahwin pada tanggal 20 disember 2014, serentak dengan ulang tahun saya yang ke-30. Tapi kawan saya pulak yang kahwin pada tanggal tersebut. Yang makin sedihnya, saya tak dapat nak menghadiri majlis perkahwinan mereka pun. Mereka berdua ni, dua-dua rakan cikgu yang mengajar bersama saya. Seorang ketua panita Sains SMK Clifford dan seorang lagi pensyarah kimia di KMSw. Mereka berdua ini adalah antara orang yang paling rapat dengan saya.




Janji saya pada diri saya dulu, saya tak akan cakap lagi tentang kahwin bila usia saya memasukki 30 series. Rasa macam tak logik je saya akan termasuk dalam golongan andalusia...adui..tidak.  Jujur saya katakan, saya rasa, diri saya masih muda, bukan dalam kalangan wanita yang lanjut usia. Bukankah ramai orang yang selalu salah meneka usia saya? Ceh, saya selalu perasan saya kelihatan lebih muda lagi usia....


Menghitung jari, saya akui lebih banyak rakan sebaya saya yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Kebanyakkan yang masih bujang hanya menghitung hari meniti hari bahagia. Tapi ada juga dah dah bercerai, dan ada juga yang telah berjumpa cinta teragung. Bukankah jodoh pertemuan dan hidup mati itu ditangan Allah?


Dan tahun ini, tahun dukacita saya. Saya stress dan lebih banyak masa digunakan untuk menggelamun, tidur dan makan. Tahun ini paling kerap saya melayan perasaan. Tidur dan bangun dalam air mata. Baru saya tahu, bila silap percaturan buruk padahnya. Tapi tuhan hanya memberi dugaan pada hambanya yang mampu menghadapinyakan. InsyaAllah, i'll fix what i've done.




Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

    Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.


    Kredit untuk Kak Mialiana.

    Selasa, 25 November 2014

    Berehat di Cameron Highlands

    Walaupun sekarang ni tengah hots tentang tanah runtuh di Cameron Highlands, saya tetap pergi bercuti di Cameron Highlands. Yang menariknya, percutian ini ditaja oleh Biro Tatanegara, BTN...sebenarnya bapak saya ada mesyuarat Persatuan Pesara Kuala Kangsar di Cameron, mesyaurat inilah yang ditaja oleh BTN.  Setiap ahli mesyuarat dapat bilik seorang satu. Jadi, saya dan mak saya, ikut sekali. Bapak pergi mesyuarat, saya dan mak, jalan-jalan.




    Kami menginap di Star Regency Hotel and Apartment di Brincang. Sewa untuk sebuah apartment dengan empat buah bilik semasa bukan cuti hanya ++RM500 sahaja. Untung la kalau nak bawa famili besar untuk bercuti ke Cameron. Apartmentnya besar, tapi old-school decoration.


     

    Saya suka duduk di Brincang, sebab Brincang lagi sejuk dari Tanah Rata, so boleh la feeling-feeling sejuk dan pakai baju tebal-tebal. Kalau nak lagi sejuk, bermalam la di Brincang pada bulan Disembar, sebab musim ini adalah musim yang paling sejuk. Sewaktu saya di sini, suhu malam mencecah 14 celcius. Pernah kira-kira 20 tahun yang lalu, sewaktu bercuti di Cameron, suhu malam mencecah 4 celcius....nasib baik tak ada salji kan. Kalau nak cari teh dan cenderahati pun, lebih baik beli di Brincang, sebab harganya lebih murah berbanding ditempat lain. Kalau datang hari Sabtu dan Ahad, akan ada Pasar Malam, yang menjual segala macam barang bertemakan Cameron Highlands.




    Sekarang ni, cuaca cameron tak akan sesejuk dulu sebab tanah tinggi diteraskan untuk tujuan pertanian. Sepanjang perjalanan terpaksa lihat gunung gondol dan rumah hijau. Dulu, zaman saya kecik-kecik, saya kagum tengok banyak rumah hijau ni, terasa macam canggih je pertanian kormersial. Tapi sekarang baru saya nampak, apabila bukit diteraskan sesuka hati, berlaku banyak tanah runtuh di sekitar Cameron. Rosak ekosistem, dan memperbanyakkan PATI jer.



    Tempat wajib, kalau saya pergi ke Cameron, adalah Taman Agroteknologi MARDI. Di sini ada macam-macam, kebun teh, kebun strawberi, kebun ros, kebun tomato, kebun herba..dan macam-macam lagi lah. Yang paling best, di sini dapat makan strawberi segar, dicelupkan dengan coklat. Memang best. Lagi best bila makan strawberi ni dengan jus strawberi dan dadih strawberi. Strawberi, paling manis dan sedap apabila baru dipetik. Kalau dah terdedah kepada panas, rasanya akan jadi kurang manis, dan lebih masam.

     

    Taman ni, sejak zaman saya sekolah menengah, sama je, tak ada perubahan pun. Landskap masih sama, dan tanaman pun masih sama. Tapi kan, walaupun dah pergi banyak kali, masih lagi nak posing, untuk kenangan masa hadapan. Tempat favorite saya posing, berlatar belakangkan Pejabat MARDI. Saya suka tengok rumah design English Cottage ni. Bayaran masuk untuk ke Taman MARDI adalah RM3.00 seorang bagi dewasa.




    Selain MARDI, tempat wajib untuk saya kunjungi adalah Kea Farm Market. Pasar tepi jalan sebelum sampai ke Brincang dan Tanah Rata. Di sini banyak di jual sayur-sayuran, strawberi, bunga dan cenderahati Cameron Highlands.



    Saya, cuma tengok mak beli sayur je la. Dah tak tahu nak beli apa lagi kat sini. Fridge Magnet dah ada kat rumah.  Saya terlupa rakan-rakan Sarawak saya, kalau tak, tentu saya beli key chain untuk mereka. Saya cuti, memang langsung tak ingat tempat kerja, sampai lupa kawan-kawan Sarawakians. Sorry la yerk, terutamanya pada Jacklyn, kawan saya selalu terpaksa rela bawa saya jalan pusing sarawak setiap hujung minggu.


    Ada lagi tempat menarik yang boleh dipergi, tapi Taman Agroteknologi MARDI dan Kea Farm Market ini adalah tempat wajib untuk setiap pelancong yang datang ke Cameron. Kalau tak singgah dua tempat ni, memang tak sah.

    Isnin, 24 November 2014

    Pembukaan Semester 2 Sesi 2014/15



    Hari ni hari pertama Semester 2, Sesi 2014/2015. Jadual waktu PdP pensyarah dapat lewat, iaitu semasa punch card. Jadual waktu itu tak sama dengan jadual yang unit cadangkan sebelum semester 1 melabuhkan tirai. Malah 100% berbeza. Saya rasa macam kerja saya selama 3 hari untuk membuat jadual waktu unit sebelum cuti sia-sia sahaja. Saya berusaha untuk memenuhi kehendak semua pensyarah dalam unit saya tapi akhirnya, jadual kami diubah, atas sebab yang tak dimaklumkan. Semasa semester 1 yang lalu, kami juga dapat jadual PdP lewat, tapi tak selewat semester ini. Semester lepas, kami dapat jadual PdP pada malam sebelum hari pertama kuliah melalui whatapps. (^__ ^)


    Jujur saya katakan, saya rindu dengan budaya di sekolah lama saya. Pengurusan sekolah bagi jadual waktu awal seminggu, iaitu semasa Mesyuarat Guru Pertama. Malah, kalau nak tahu lebih awal, boleh la menyibukkan diri untuk bertanya pada AJK Jadual Waktu. Bagi jadual waktu awal atau lewat, sememangnya tak akan merencatkan PdP seseorang pendidik itu, sebab beliau sememangnya harus bersedia untuk mengajar bidang kepakarannya. Tapi bagi saya, pengurusan perlu cuba utuk beri lebih awal, kerana ia lebih profesional dan lebih menghargai tanggungjawab seseorang pendidik itu.


    Bagi Semester 2, Sesi 2014/15, saya mengajar 9 jam seminggu tanpa berpasangan. 1 kuliah, 2 tutorial dan 1 kelas praktikum, masih lagi mengajar pelajar yang sama seperti semester 1. Untuk semester ini, saya seorang sahaja dalam unit tiada kelas pairing. Pensyarah lain, mengajar secara berpasangan 2 -5 jam seminggu.  Saya mengajar 9 jam seminggu sebab saya adalah Ketua Unit. Polisi kolej ini, Ketua Unit kena mengajar sekurang-kurangnya 7 jam seminggu, manakala Ketua Jabatan mengajar 3 jam seminggu. Pensyarah lain mengajar sekurang-kurangnya 12 jam seminggu.


    Jumaat, 21 November 2014

    Rendang Lobster Versi Kuale

    Sewaktu saya balik dari Kuching, saya bawa balik lobster (udang kara) untuk makan bersama seisi keluarga. Saya beli di Pasar Bako, dekat dengan terminal sampan untuk ke Taman Negara Bako, Kuching. Harga Lobster RM60 sekilo. Selepas tawar menawar, saya beli 9 ekor lobster dengan harga RM150. Saiz lobster ada pelbagai, kecil dan sederhana.

    resipi lobster


    Kalau nak tahu, ini kali pertama saya tengok lobster, dan saya terkejut sebab lobster yang saya tengok tak sama macam yang saya bayangkan. Saya bayangkan lobster adalah udang besar yang mempunyai kaki penyepit yang besar tapi, rupa-rupanya lobster Sarawak dan Sabah tak ada kaki penyepit yang besar tuu. Lobster yang ada kaki penyepit tuu, lobster dari cold-water, tapi lobster Malaysia ni spesis dari spesis hot-water.


    Saya beli lobster yang masih hidup. Baru je naik dari bot nelayan. Saya nak masukkan terus dalam peti ais, tapi kaki lobster ni panjang, tak muat freezer rumah saya di Kuching tuu. Nak, tak nak, kena potong kaki dan sesunggut lobster ni sewaktu lobster tuu masih hidup. Terasa macam kejam sangat, tapi nak buat macam mana...lobster ni, susah nak mati. Saya biarkan lama dalam sink, tapi masih hidup. Akhirnya lobster tuu mati dalam freezer, dengan keadaan kudung. Sorry ye en lobster!


    Oleh sebab saya nak bawak balik ke semenanjung, lobster tuu harus beku sepenuhnya. Kalau tak, lobster akan rosak. Jadi untuk memastikan lobster tu beku sehingga sampai ke Kuala Kangsar, saya balut setiap lobster tuu dengan wrapping plastic, kemudian simpan lobster tuu dalam foam box. Foam box disimpan dalam kotak kertas A4. Alhamdulillah, lebih kurang lapam jam di dalam foam box, lobster masih lagi dalam keadaan beku.


    udang kara sarawak


    Belum masak kena basuh dan siang lobster dulu kan... maka nya saya belajar siang lobster dari internet dan rakan pensyarah yang pernah masak lobster. Tapi akhirnya saya siang ikut cara saya. Saya potong dua lobster tu, asingkan kepala dan ekor. Kemudian, untuk bahagian kepala saya belah kepala lobster bahagian atas dan bawah menggunakan gunting, supaya senang nak makan bila dah masak nanti. Untuk bahagian ekor pula, saya gunting bahagian atas ekor dan buangkan tali hitamnya.


    cara siang lobster

    Dah selesai siang lobster, mak saya sambung tugas memasak. Mak masak rendang pedas, seperti yang dicadangkan oleh bapak. Versi tradisional kan. Kalau di internet, ramai orang masak  butter lobster. Rendang pedas mak saya ni, resipinya sama je macam masak rendang pedas ayam. Bahan-bahannya bawang merah, bawah putih, halia, serai, kunyit dan 1.5kg santan pekat.


    resipi rendang 

    Cara masak rendang lobster ni pun sama je seperti masak rendang ayam. Mak saya tumiskan bahan-bahan ini dahulu, kemudian baru dia masukkan udang. Lepas dia masukkan udang, saya jadi tukang kacau sehingga la lobster tuu masak, iaitu bertukar warna kepada merah.


    rendang lobster


    how to cook lobster


    rendang lobster versi kuale


    Tak sempat nak buat platting cantik-cantik. Lobster dalam gambar ni pun adalah bahagian yang terakhir. Yang lain tak sempat nak tangkap gambar sebab dah masuk dalam perut dulu. Rasa lobster macam udang, tapi lebih pejal dan lebih sedap. Rasa sekali, memang nak lagi.




    Khamis, 20 November 2014

    Ikhlaskah Saya?

    Cuti dua minggu saya, dah hampir ke penghujung. Hari ahad ni saya akan kembali ke Kuching. Sepanjang dua minggu ini, saya memencilkan diri saya daripada semua orang. Saya bawa balik lap top, tapi tak sentuh, handphone dibiarkan off sebab tak charge. Saya offline daripada facebook dan blog. Email tak buka. Whatapps pun tak buka. Whatapps tak buka sebab saya tak boleh buka selagi saya tak update versi terbaharu.


    Cuti dua minggu sepatutnya saya berehat dan recharge tapi rasanya metal saya masih lemah untuk menempuh semester baharu. Saya banyak menung memikirkan apa yang saya inginkan pada tahun hadapan dan seterusnya. Tapi sehingga malam ini, saya masih lagi buntu.  Saya tak tahu, masih ikhlaskah saya untuk berkhidmat di Kuching ataupun saya nak u-turn. Kalau saya u-turn, ego saya memang akan tercalar, tapi apa yang saya mahukan tiada di Kuching.




    Angan-angan budak perempuan dalam diri saya mengharapkan ada seorang Ultraman datang, dan dia yakinkan saya untuk pergi dari sana dan ikut dia terbang ke matahari. Menyerap cahaya untuk menjadi kuat semula dan membantu dunia melawan kejahatan makluk asing. Angan-angan seorang gadis pula mengharapkan datang seorang jejaka, melamar saya dan membawa saya pergi dari sini. 



    Selasa, 4 November 2014

    Kisah Seorang Murid Pintar

    Di dalam sebuah kelas, guru memulakan pengajarannya.

    “Murid-murid, binatang apa yang bermula dari huruf ‘G’?” tanya cikgu tegas sambil memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya.

    Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab, “gajah cikgu.”



    Murid itu menerima pujian dari cikgu.


    “Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘D’?”

    Semua murid terdiam dan tanpa disuruh murid tadi berdiri dan menjawab, “dua gajah, cikgu.”

    Murid-murid lain mula ketawa. Cikgu mulai berang.


    “Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf‘M’?”

    Semua murid tetap membisu. Dari atas kerusi murid bijak tadi terus menjawab, “mungkin gajah.”

    “Awak keluar dan berdiri di pintu,” tengking cikgu bertambah marah.


    “Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘J’?”

    Semua murid-murid diam. Cikgu menunggu murid menjawab tetapi semua hanya berdiam diri.

    Murid bijak yang berdiri di pintu luar kelas terus menjawab, “jangan jangan gajah.”


    Isnin, 3 November 2014

    Kisah Seorang Guru Mulia

    imej Google


    Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

    Di celah-celah waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.

    Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
    Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

    Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

    Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

    "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

    Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

    "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

    Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

    Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

    Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

    Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun ada beberapa keping dalamnya!!

    Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

    Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

    Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

    Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

    Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

    Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku."

    Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

    Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

    Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

    Guru yang bijak terus bersuara:

    Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?

    Pemuda itu segera menjawab,

    “Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku.


    “Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.


    Gurunya melanjutkan

    "Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

    • Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.
    • Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
    • Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
    • Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.
    • Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

    Semoga bermanfa'at.

    Ahad, 2 November 2014

    Review Filem Happy New Year

    Happy New Year sangat best. Saya tak sangka cerita tentang misi membalas dendam sarat dengan jenaka, perasaan kasih sayang, patriotik dan kaleografi tarian yang sangat menarik. Saya ingatkan cerita ini banyak aksi tumbuk menumbuk dan ada banyak polis, seperti tipikal Hindi movie. Sangkaan yang meleset sekali.


    Sesuatu yang paling menarik dalam cerita ini adalah watak heroin muncul lambat. Begitu jugak dengan nyayian dan tarian hindustan. Setelah separuh plot cerite baru muncul herion, seorang penari kelab malam. Watak hero, heroien dan watak pembantu dikembangkan dengan baik. Setiap watak ada tread mark masing-masing. Setiap watak mempunyai kelebihan dan kekurangan yang melengkapkan misi membalas dendam.




    Happy New Year dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Abhishek Bachchan, Boman Irani, Sonu Soon, Vivaan Shah dan Jackie Shroff. Filem ni, saya bagi fullstar. Kalau tak best, saya tak akan buat review ye!. Jadi, Selamat menonton Happy New Year.





    Kalau tak percaya, cuba tengok trailer ni. Mesti teruja la tengok full movie.





    Nyawa Sebuah Blog

    Pada saya nyawa sebuah blog bergantung pada entrinya. Jika entri yang ditulis itu masih dicari oleh pelayar internet, masih ada harapan untuk blog itu hidup, walaupun nyawa-nyawa ikan. Macam blog ini, masih ada yang sudi singgah, walaupun tiada entri baharu. Kalau ada entri baru pun, tidak bermafaat sangat. Dah jadi tempat meluahkan perasaan sahaja.

    Nuffnang juga masih sedar kewujudkan blog ini. Masih sudi meletakkan iklan CPUV walaupun tidak selumayan dahulu.



    Saya tak tahu sampai bila blog ini akan bertahan. Harap-harap jangan mati dalam senyap. Walau tiada lagi yang melawat blog ini, harap nyawanya bertahan seirama dengan nafas saya.



    Masihkah Ingat pada YM!

    Suatu masa dahulu, di sini tempat saya meluangkan masa remaja, mengenali rakan baru, dari Malaysia dan serata dunia. Tapi lama kelama-lamaan, tempat ini makin asing pada saya.Tempat ini saya tinggalkan lalu bersama-sama dengan rakan yang lain, kami mencipta kenangan di tempat baharu.


    imej Google

    IRC, Yahoo Messenger, Friendster dan Myspace. Banyak memori tercipta di situ. Semasa sekolah menengah dan di universiti, YM menjadi tempat kesukaan saya untuk bersembang secara virtual. Kadang-kadang di sini bertemu rakan baru. Kami berkongsi cerita selama bertahun-tahun, tapi tak pernah berjumpa empat mata.


    Dalam ramai-ramai rakan maya yang saya kenali di YM, dua orang rakan sangat berbekas di minda saya. Seorang berasal dari Pakistan, sebaya saya. Saya mengenali dia sejak tingkatan dua dan kami berkawan sehingga universiti. Dia jadi doktor, saya jadi cikgu. Saya tak sangka ukhwah kami terputus, tapi itulah alam cyber, persahatan kami putus kerana kami cuma bertemu di YM. Apabila saya tinggalkan YM, saya tinggalkan dia juga. Mungkin, dia juga tinggalkan saya.


    Seorang lagi rakan maya saya orang indon. Tak sangka, saya berkawan dengan orang Indonesia. Sebab pada zaman sekolah, minda saya dah diset untuk tidak berkawan dengan orang indonesia. Takut cinta lombok terjadi pada saya. Persahabatan dengan dia, bukan setakat di YM. Tapi berpanjangan hingga ke Facebook. Kali terakhir dia tegur saya pada bulan April yang lalu.Tapi saya tak sembang dengan dia, sebab waktu tu, waktu kerja, dan saya dalam persediaan untuk masuk kuliah.  Minggu lalu, saya cari dia di Facebook, akaun FB dia dah dinyahaktif, atau dengan kata lain, dia dah tutup akaun FB dia.


    Saya sentap, dia tinggalkan FB tanpa bagitau saya.Saya IM di Yahoo. Tapi tiada balasan. Saya rasa kosong. Dia selalu ada semasa saya susah, tapi sekarang dia dah tiada. Dia seorang rakan, yang saya sangat hargai walaupun kami tak pernah jumpa empat mata. 2001 hingga 2014, 13 tahun berkawan dengan dia, kini saya hilang jejak dia. Dan saya sedih. Kesedihan yang berganda.