Selasa, 25 November 2014

Berehat di Cameron Highlands

Walaupun sekarang ni tengah hots tentang tanah runtuh di Cameron Highlands, saya tetap pergi bercuti di Cameron Highlands. Yang menariknya, percutian ini ditaja oleh Biro Tatanegara, BTN...sebenarnya bapak saya ada mesyuarat Persatuan Pesara Kuala Kangsar di Cameron, mesyaurat inilah yang ditaja oleh BTN.  Setiap ahli mesyuarat dapat bilik seorang satu. Jadi, saya dan mak saya, ikut sekali. Bapak pergi mesyuarat, saya dan mak, jalan-jalan.




Kami menginap di Star Regency Hotel and Apartment di Brincang. Sewa untuk sebuah apartment dengan empat buah bilik semasa bukan cuti hanya ++RM500 sahaja. Untung la kalau nak bawa famili besar untuk bercuti ke Cameron. Apartmentnya besar, tapi old-school decoration.


 

Saya suka duduk di Brincang, sebab Brincang lagi sejuk dari Tanah Rata, so boleh la feeling-feeling sejuk dan pakai baju tebal-tebal. Kalau nak lagi sejuk, bermalam la di Brincang pada bulan Disembar, sebab musim ini adalah musim yang paling sejuk. Sewaktu saya di sini, suhu malam mencecah 14 celcius. Pernah kira-kira 20 tahun yang lalu, sewaktu bercuti di Cameron, suhu malam mencecah 4 celcius....nasib baik tak ada salji kan. Kalau nak cari teh dan cenderahati pun, lebih baik beli di Brincang, sebab harganya lebih murah berbanding ditempat lain. Kalau datang hari Sabtu dan Ahad, akan ada Pasar Malam, yang menjual segala macam barang bertemakan Cameron Highlands.




Sekarang ni, cuaca cameron tak akan sesejuk dulu sebab tanah tinggi diteraskan untuk tujuan pertanian. Sepanjang perjalanan terpaksa lihat gunung gondol dan rumah hijau. Dulu, zaman saya kecik-kecik, saya kagum tengok banyak rumah hijau ni, terasa macam canggih je pertanian kormersial. Tapi sekarang baru saya nampak, apabila bukit diteraskan sesuka hati, berlaku banyak tanah runtuh di sekitar Cameron. Rosak ekosistem, dan memperbanyakkan PATI jer.



Tempat wajib, kalau saya pergi ke Cameron, adalah Taman Agroteknologi MARDI. Di sini ada macam-macam, kebun teh, kebun strawberi, kebun ros, kebun tomato, kebun herba..dan macam-macam lagi lah. Yang paling best, di sini dapat makan strawberi segar, dicelupkan dengan coklat. Memang best. Lagi best bila makan strawberi ni dengan jus strawberi dan dadih strawberi. Strawberi, paling manis dan sedap apabila baru dipetik. Kalau dah terdedah kepada panas, rasanya akan jadi kurang manis, dan lebih masam.

 

Taman ni, sejak zaman saya sekolah menengah, sama je, tak ada perubahan pun. Landskap masih sama, dan tanaman pun masih sama. Tapi kan, walaupun dah pergi banyak kali, masih lagi nak posing, untuk kenangan masa hadapan. Tempat favorite saya posing, berlatar belakangkan Pejabat MARDI. Saya suka tengok rumah design English Cottage ni. Bayaran masuk untuk ke Taman MARDI adalah RM3.00 seorang bagi dewasa.




Selain MARDI, tempat wajib untuk saya kunjungi adalah Kea Farm Market. Pasar tepi jalan sebelum sampai ke Brincang dan Tanah Rata. Di sini banyak di jual sayur-sayuran, strawberi, bunga dan cenderahati Cameron Highlands.



Saya, cuma tengok mak beli sayur je la. Dah tak tahu nak beli apa lagi kat sini. Fridge Magnet dah ada kat rumah.  Saya terlupa rakan-rakan Sarawak saya, kalau tak, tentu saya beli key chain untuk mereka. Saya cuti, memang langsung tak ingat tempat kerja, sampai lupa kawan-kawan Sarawakians. Sorry la yerk, terutamanya pada Jacklyn, kawan saya selalu terpaksa rela bawa saya jalan pusing sarawak setiap hujung minggu.


Ada lagi tempat menarik yang boleh dipergi, tapi Taman Agroteknologi MARDI dan Kea Farm Market ini adalah tempat wajib untuk setiap pelancong yang datang ke Cameron. Kalau tak singgah dua tempat ni, memang tak sah.